Dunia
Photo: Facebook MakanBola
Advertisements

Bekas penyerang lagenda pasukan kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus menegaskan dalam satu sesi soal jawab di Facebook MakanBola mengenai situasi yang membelenggu barisan penyerang negara.

Bekas pemenang kasut emas itu berkata, pemain penyerang yang dipilih oleh jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe perlulah merebut lebih banyak minit permainan bersama kelab masing-masing untuk menampilkan aksi terbaik bersama skuad kebangsaan.

Ketika ditanya mengenai pandangan beliau terhadap prestasi barisan penyerang ketika ini, beliau percaya bahawa dengan minit permainan yang mencukupi dapat meningkatkan prestasi mereka ketika beraksi bersama skuad negara.

Advertisements

Baca: Luqman Hakim: Saya Balik Pun Makan Maki Je

Antara nama penyerang negara yang disebut termasuklah Syafiq Ahmad, Shahrel Fikri, Guilherme De Paula dan juga Luqman Hakim yang dilihat berpotensi untuk mengetuai jentera serangan Harimau Malaya.

Khalid Jamlus percaya, pemain-pemain ini bakal mencapai potensi sebenar jika kerap diturunkan oleh kelab masing-masing dalam aksi kompetitif.

Advertisements

“Kalau mereka ini kerap diturunkan oleh kelab, setiap minggu mereka mendapatkan minit permainan, mereka akan dapat meningkatkan persembahan mereka di atas padang.”

Baca: 3-5-2 Tomas Trucha: Pasembur Mula Berasa Spaghetti

Tambah beliau, latihan sahaja tidak dapat membantu seseorang pemain itu mencapai potensi yang sebenar kerana perlawanan sebenar adalah kayu ukur bagi kemampuan seseorang pemain yang baik.

Advertisements

“Jika mereka ini sentiasa bermain, ia bakal meningkatkan kredibiliti dan juga mentaliti seseorang dalam menghadapi perlawanan yang dilalui.”

Khalid Jamlus
Photo: @astroarena

“Perlawanan kompetitif juga mampu untuk meningkatkan kepantasan seseorang pemain dalam melakukan tindakan. Oleh itu, para pemain ini amat memerlukan perlawanan di kaki.”

Minit permainan yang konsisten juga bakal membantu individu untuk mengembangkan kemampuan dan bakat mereka secara semulajadi. Oleh itu, mereka dapat meningkatkan kualiti permainan dari satu tahap ke tahap yang lain.

Advertisements

Akhirnya, apabila mereka telah mencapai tahap terbaik dalam permainan mereka, ia juga menjadi satu perkara yang sukar untuk mengekalkan prestasi pada tahap terbaik dalam perjalanan karier mereka.

Saksikan sesi sembang santai bersama Khalid Jamlus di Facebook.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram