Blog
Advertisements

Kata-kata Luqman Hakim sebelum beliau berlepas ke Belgium menyertai KV Kortrijk ini pasti bakal menjadi satu kata-kata keramat buat peminat dan pemain bola sepak di Malaysia.

Pemain Malaysia kerap menghadapi kesukaran dan kejutan budaya apabila mereka beraksi di kawasan yang tahap bola sepaknya tinggi seperti di Eropah dan ianya bukanlah perkara baru.

Luqman Hakim
Debut Luqman di Liga Jupiter Belgium

Sejarah lampau tidak akan pernah dilupakan peminat mahupun pemain yang terlibat dan tulisan kali ini tidak akan kearah kembali kepada sejarah lampau.

Advertisements

Luqman yang sebelum ini dipandang enteng kerana bertubuh kecil sedikit demi sedikit membuktikan kemampuannya di Eropah apabila beliau mula diberikan peluang untuk membuktikan kemampuannya.

Ketinggian Eden Hazard adalah 175 cm dan Luqman Hakim pula adalah 170 cm. Hanya 5 cm perbezaan.

Sebelum Luqman berlepas ke Belgium, Astro Arena sempat menemuramah Luqman dan beliau lantas mengeluarkan kata-kata keramat yang menggentarkan jiwa.

“Saya dah janji dalam diri saya sendiri”

“Kalau saya balik pun buat apa jer, saya balik pun makan maki jer.

“Ini cita-cita saya”

“Pemain luar negara mereka ada sepasang kaki, saya juga ada sepasang kaki. Buat apa saya nak takut.”

“Jiwa saya kena kental”

Luqman Hakim 13 Ogos 2020, Astro Arena

Video Kata-Kata Luqman Hakim (Sumber: Astro Arena)

Advertisements

Salah seorang penyokong bola sepak Malaysia dari Johor memberikan komentar di Facebook MakanBola:

“Kalau didengar macam cakap besar kan? Tapi itulah hakikat dan fakta dari semangat seorang anak muda yang sepatutnya menjadi contoh. Teruskan usaha, semoga lebih berjaya. Insyallah tak makan maki pun.”

Muhammad Fahmi, Johor Bahru

Luqman yang baru pulang ke Belgium selepas kempen Kelayakan Piala Dunia tamat di Emeriah Arab Bersatu (UAE) terus menyertai latihan bersama pasukan dan beliau kelihatan ceria sekembalinya ke Kortrijk.

Luqman juga beraksi cemerlang dalam perlawanan pemanas badan sewaktu membantu KV Kortrijk menewaskan KRC Harelbeke 0-5 di gelanggang lawan.

Advertisements

Luqman dimasukkan pada minit ke-60 dan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan KRC Harelbeke.

Larian dan hantaran Luqman begitu meyakinkan dan beliau juga seolah-olah sedang mengawal bahagian tengah disamping beberapa kali masuk ke dalam kotak penalti KRC Harelbeke.

Luqman juga pernah mengeluarkan kenyataan selepas debut Liga Jupiter Belgium:

Advertisements

“Saya gembira selepas melakukan debut di Eropah. Kami tewas 3-1 tetapi tak mengapa, kami akan cuba lagi.”

“Eropah sangat berbeza dan sukar, sukar buat saya. Saya tak boleh putus asa, saya perlu percaya pada diri sendiri dan memberikan segalanya.”

“Saya sentiasa melakukan latihan dan memaksa diri saya sendiri kerana saya ingin mencapai cita-cita saya.”

“Saya ingin negara saya bangga dengan saya.”

“Saya harap mereka kekal menyokong saya tidak kisah apapun terjadi pada saya kerana saya di sini untuk memberikan yang terbaik untuk peminat di Malaysia dan Belgium juga.”

Luqman Hakim / KV Kortrijk Official Website

Kata-Kata Luqman Hakim Kini Semakin Menjadi Kenyataan

Aksi cemerlang Luqman semasa perlawanan persahabatan sebelum ini juga berjaya menarik perhatian penyokong yang hadir ke stadium.

Mereka lantas mencipta satu nyanyian (chant) khas buat Luqman berbunyi “Allez Luqman Allez” yang bermaksud “Boleh Luqman Boleh”

Luqman Mula Memperoleh Perhatian Peminat

Tular di media sosial apabila terdapat gambar yang menunjukkan Luqman sedang bergambar bersama penyokong KV Kortrijk dan hantaran ini menerima lebih 20,000 jumlah sukaan (like) dan capaian lebih satu juta paparan.

Buat Luqman Hakim, sikap percaya pada kebolehan diri anda sendiri sangat tinggi dan berjuanglah dan tolong jangan kembali ke Malaysia. Kekallah bermain di sana dan suatu hari nanti anda bakal mencipta sejarah lebih besar buat Malaysia.

Lakukanlah latihan tambahan sendirian setiap hari kerana pemain terhebat dunia mempunyai sikap yang sama iaitu berusaha lebih gigih berbanding orang lain.

Selamat maju jaya.

Farah Freman – MakanBola.com

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram