Penyokong KV Kortrijk Mula ‘Cipta’ Nyanyian Khas Buat Luqman Hakim

chant luqman hakim kv kortrijk Penyokong KV Kortrijk Mula 'Cipta' Nyanyian Khas Buat Luqman Hakim
Syafiq Freman @syafiqfreman
10:42pm 23/06/2021

Nampaknya Luqman Hakim semakin disayangi dan disegani di kelab yang diwakilinya sekarang, KV Kortrijk sekaligus memberikan bayangan Luqman bakal mengharungi saat-saat indah dalam karier bola sepaknya.

Bermain di Eropah bukanlah perkara yang mudah buat pemain Malaysia memandangkan Malaysia masih belum ada pemain yang berjaya mencipta nama di benua dengan pasaran bola sepak terbesar dunia.

Namun berlainan buat Luqman Hakim apabila beliau semakin diterima dengan baik oleh peminat KV Kortrijk selepas tular rakaman peminat berchant sambil menyebut namanya “Luqman Boleh” dengan slang mereka sendiri.

Dalam perlawanan pemanas badan baru-baru ini Luqman berjaya melakukan beberapa hantaran kemas, larian mantap masuk ke dalam kotak penalti dan beliau juga berjaya memberikan sepakan penalti buat KV Kortrijk.

“Boleh Luqman Boleh!!! Jelas penyokong KV Kortrijk tersebut yang menyebutnya sambil menyanyi.

Üpdate: “Allez Luqman Allez” adalah chant sebenar yang dinyanyikan.

Yang bermaksud “Kamu boleh Luqman” atau dalam bahasa Inggeris “Go Luqman Go” sama seperti ayat “Gomo Kelate Gomo” bukan “Gocoh Luqman Gocoh!”

Terima kasih buat penyokong KV Kortrijk.