Blog
Photo Figura: Kosmo, Background: unifi Youtube
Advertisements

Mengkaji gaya permainan Penang FC bermula separuh kedua Liga Super, saya dapati Tomas Trucha serta para pemain Penang FC mula selesa dengan formasi 3-5-2. Jika pada separuh pertama Liga Super pengendali dari Republik Czech ini masih tercari-raba formasi terbaik untuk dimainkan pasukan Penang FC, rasanya kini beliau sudahpun bertemu dengan jawapannya.

Sepanjang separuh pertama Liga Super berlangsung, Tomas Trucha bereksperimen dengan beberapa formasi utama termasuk 4-2-3-1, 4-1-4-1 dan 4-3-3. Namun setelah melalui beberapa perlawanan persahabatan ketika liga berehat dan beberapa lagi sepanjang separuh kedua liga, formasi 3-5-2 yang cuba beliau terapkan mula membentuk MODEL PERMAINAN yang jelas.

‘Otai’ 3-5-2 Bola Sepak Moden

Advertisements

Jika berbicara tentang formasi 3-5-2 atau formasi bek bertiga dalam konteks bola sepak moden (ambil garis masa tahun 2010 sehingga sekarang), pasti akan terbesit satu nama yang boleh dianggap ‘otai’. Beliau adalah sosok yang sangat menggemari dan amat memahami bagaimana untuk berjaya dengan formasi bek bertiga. Beliau ialah Antonio Conte – 3 Scudetto bersama Juventus, satu trofi EPL bersama Chelsea dan terbaru, satu lagi trofi Scudetto bersama Inter Milan – kesemuanya dengan menggunakan sistem bek bertiga.

Saat Antonio Conte berjaya mendapatkan, ataupun berjaya membentuk pemain beliau memahami dan seterusnya menterjemahkan game plan dalam sistem pertahanan bertiga (3-5-2 atau 3-4-3) yang beliau gemari itu, pasukan tersebut pasti sukar untuk dicabar pasukan lawan.

Blueprint Sistem Bek Bertiga Antonio Conte

Dalam sistem bek bertiga beliau, Conte gemar memainkan seorang ‘passer’ yang baik di tengah, yang mampu membuat hantaran jauh vertikal mahupun diagonal dengan baik, mampu membuat searching pass dan juga line breaking pass dengan tepat. ‘Passer’ ini biasanya diapit dua ball playing defender yang berani serta selesa dengan bola, yang mampu membawa bola sehingga melepasi garisan tengah untuk merencanakan serangan.

Advertisements

Dalam aspek bertahan pula, tiga pemain pertahanan ini biasanya bertubuh tinggi dan tegap serta bagus dalam pertempuran udara. Ini kerana dalam sistem 3-5-2 atau 3-4-3, dua Wing Back (WB) akan turun ke bawah untuk bersama dengan tiga pertahanan tengah ini – menciptakan rantaian berlima atau chain of 5. Shape berubah menjadi 5-3-2. Pasukan lawan akan alami kesukaran menyerang dari tengah dan terpaksa membuat hantaran sideway untuk ‘masuk’ melalui cara cross. Disebabkan itu, tiga pertahanan tengah ini harus tinggi untuk mematikan hantaran lintang.

Di hadapan back 3, Conte selalunya mengharapkan seorang defensive midfielder yang dapat melindungi sistem bek bertiga beliau, seorang pemain yang bijak memposisikan dirinya di kedudukan tepat untuk menciptakan triangle trap ketika bertahan bagi memberikan kepayahan kepada pasukan lawan menyerang menerusi kawasan tengah. Pemain defensive midfielder ini boleh jadi jenis ‘destroyer’, atau boleh juga jenis yang lebih dinamik yang turut berperanan sebagai deep lying playmaker. Ianya bergantung kepada pilihan pemain yang ada dan juga kebolehan dua pemain yang bermain di sisi pemain tersebut.

Dua pemain yang bermain di sisi kanan dan kiri defensive midfielder ini perlulah pemain-pemain yang rajin serta berdisiplin ketika fasa serangan mahupun fasa bertahan. Jika menyerang, mereka beroperasi di half space; memberikan Numerical Superiority bersama WB. Jika fasa bertahan, mereka membentuk 3 di tengah dalam 5-3-2 untuk memudahkan triangle trap tercipta.

Advertisements

Dua penyerang juga bergantung kepada jenis pemain yang Conte miliki. Pemain no.10 lebih ‘floating’, lebih bebas bergerak ke kanan atau ke kiri untuk membantu menciptakan ruang di belakang pertahanan lawan. Pemain no.9 lebih direct, biasanya bertindak sebagai targetmen yang menanti cross daripada WB atau hantaran panjang daripada tiga pertahanan.

Tomas Trucha 1 3-5-2 Tomas Trucha: Pasembur Mula Berasa Spaghetti
Inter Milan-Antonio Conte, 2020/2021
Juventus-Antonio Conte, 2013/2014

Bagaimana 3-5-2 Tomas Trucha Berfungsi (Attacking Organization)

Seakan merujuk blueprint Conte, Tomas Trucha yang baru-baru ini dilihat semakin selesa dengan sistem bek bertiga meletakkan 3 pemain yang pada pandangan saya amat sesuai berada di posisi pertahanan tengah iaitu Ryuji Utomo di tengah (CB) bertindak sebagai ‘passer’, Rafael Vitor di sebelah kiri (LCB) dan Quentin Cheng di sebelah kanan (RCB). Rafael Vitor dan Quentin Cheng bertindak sebagai ball playing defender. Vitor sangat berani untuk drive dengan bola. Begitu juga dengan Quentin. Gandingan Quentin dan Al-Hafiz sangat unik di sebelah kanan kerana Al-Hafiz kerapkali masuk ke half space meski diletakkan sebagai WB. Quentin akan mengambilalih di bahagian flank apabila Al-Hafiz bermain di half space, seakan Quentin pula WB.

Penang FC memulakan permainan daripada penjaga gol dengan beberapa variasi, bergantung pada situasi. Kadang mereka playing out from the back dengan Khairu Azrin yang bermain sebagai defensive midfielder turun mengutip bola di zon 14 mereka sendiri. Sesekali penjaga gol menghantar diagonal ball kepada WB dan adakalanya GK membuat tendangan lambung terus kepada Casagrande yang mungkin melakukan lay off kepada pemain di sekitar beliau untuk bermain second ball. Casagrande juga bukanlah tipikal targetmen klasik. Sesekali beliau juga drop deep untuk menerima bola dan membuka ruang kepada pemain di sekitar beliau untuk cuba mengeksploitasi ruang. Lihat beberapa contoh gambar di bawah.

Advertisements

Penang FC mengandalkan gerakan atau larian daripada WB kanan dan kiri mereka. Posisi LWB mereka setakat ini didominasi oleh Azwan Ariffin yang pada pendapat saya bertindak cemerlang dalam fasa serangan ataupun bertahan. Posisi RWB mereka pula setakat ini telah diisi beberapa nama seperti Al-Hafiz dan Quentin. Perubahan terpaksa dilakukan andai ada pemain yang tidak dapat diturunkan. Dua WB ini akan membentuk shape 2-3-5 ketika fasa serangan.

Selain ancaman hantaran lintang, serangan Penang FC juga bergantung kepada gerakan LCM dan RCM mereka di half space, juga keberkesanan no.10 mereka iaitu Endrick Dos Santos yang pada pandangan saya diberikan free role apabila Penang FC menyerang. Endrick cukup aktif melakukan link up play dan juga combination play bersama LCM yang setakat ini konsisten diisi Amer Azahar. Posisi RCM mereka berubah-ubah setakat ini kerana ada pemain yang tidak dapat diturunkan. Kadang Al-Hafiz bermain di situ, kadang David Rowley atau Danial Ashraf.

Entah kenapa, tetapi saya mendapati Endrick kerap berlari ke kawasan flank sebelah kiri untuk membuat cross. Beliau kerap bermain bersama Amer dan juga Azwan. Azwan sedikit defensif berbanding RWB. Endrick seperti mengambilalih tugas hantaran lintang Azwan. Saya tidak pasti sama ada perkara ini disengajakan atau terjadi kerana mobiliti Endrick dan Al-Hafiz.

Bagaimana 3-5-2 Tomas Trucha Berfungsi (Defensive Organization)

Seperti 3-5-2 Conte, Penang FC tidak mementingkan fasa Defensive Transition. Jika ada peluang merampas bola awal, mereka akan rampas tetapi kepentingan bertahan adalah demi membentuk shape 5-3-2 dengan 2 WB turun membentuk chain of 5 bersama 3 pertahanan tengah. 3 pemain midfield pula cuba untuk kompak dan bergerak mengikut pergerakan bola. 2 penyerang di atas tidak boleh terlalu jauh dengan garisan terakhir pertahanan untuk memudahkan counter attack dilancarkan. Jika diperhatikan baik-baik, shape 5-3-2 ketika bertahan ini bentuknya seperti segi tiga besar dengan terdapat beberapa lagi segi tiga kecil di dalamnya.

Mungkin kerana masih baru digunapakai, sistem 3-5-2 Tomas Trucha ini kadangkala agak rapuh ketika bertahan. Terdapat beberapa pemain yang melakukan kesalahan individu seperti keluar terlalu jauh meninggalkan line hingga menyebabkan eksploitasi ruang yang besar oleh pasukan lawan. Contoh: Rafael Vitor ketika bertemu Selangor FC sehingga terhasilnya gol ke-2 pasukan Red Giants itu. Ryuji Utomo juga kadangkala terlalu agresif untuk menang bola awal dan sesekali beliau mudah terpancing untuk keluar mengikut penyerang lawan yang bermain between the line. Perkara-perkara sebegini jika diperbaiki bakal menjadikan Penang FC lebih kebal lagi ketika fasa bertahan. Lihat contoh gambar di bawah.

Kesimpulan

Melihat Tomas Trucha memperkenalkan 3-5-2 kepada Penang FC membuat saya begitu teruja. Taktikal ampuh ini jika dipadankan dengan set pemain yang benar-benar sesuai dan mengerti bagaimana untuk bermain dalam sistem ini pasti memberikan keputusan yang positif. Beberapa pemain saya lihat sudah mula menyerlah bermain dalam sistem ini. Antaranya ialah Amer Azahar yang sering menjadi pilihan pertama Trucha di posisi LCM, menyingkirkan Sheriddin Boboev. Amer bermain umpama ‘Mezzala’. Mungkin beliau sebenarnya adalah ‘Mezzala’. Begitu juga dengan Azwan Ariffin dan Quentin Cheng di posisi WB. Mereka berdua mungkin berguna jika Tan Cheng Hoe ingin bermain plan B menggunakan khidmat WB dalam sistem bek bertiga.

Tidak boleh dilupakan mobiliti Endrick yang katanya ingin dinaturalisasikan. Melihat umur beliau dan juga gaya permainan beliau, mengapa tidak? Begitu juga dengan Al-Hafiz – pemain yang gemar masuk ke half space melalui flank dan outlet counter attack Penang FC. Sudah tiba masa beliau menerima panggilan skuad kebangsaan. Akhir sekali, wira tak didendang pastinya Khairu Azrin yang cemerlang mengawal tempo dan melakukan dirty play di hadapan back 3. Wajarkah beliau diberi peluang menjadi DM Harimau Malaya, ‘membebaskan’ Azam Azih?

Penutup

Penang FC sangat cemerlang musim ini meski baru dipromosikan daripada Liga Premier. Saya harap pihak pengurusan dan pihak kejurulatihan dapat terus bekerjasama dengan baik untuk menjadikan Penang FC sebagai sebuah pasukan pencabar kejuaraan Liga Super di musim-musim berikutnya. Kekalkan mana yang patut dan buanglah perkara yang membinasakan. Haria Penang, Haria!

Rujukan:

  • Rhys Desmond, 2021, Antonio Conte – Inter Milan – Tactical Analysis (2020-21 Edition), the mastermind set.com
  • One Nil, 2017, Antonio “Catenaccio” Conte The 3-5-2: How do Chelsea Defend?, onenil.medium.com
  • Statesman Dave, 2020, How Conte’s 3-5-2 at Inter Milan Could End Juve’s Dominance in Serie A l Tactical Analysis, youtube.com
  • Soccerspective, 2021, Inter Milan 3-5-2 Tactical Analysis l Antonio Conte’s 3-at-the-back formation, youtube.com
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram