Khalid Samad Nafi Tunggakan Gaji KL City Cecah 4 Bulan
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Isu yang membelenggu pasukan Liga Super 2023, KL City FC hangat diperdebatkan selepas berita mengenai tunggakan gaji mencecah 4 bulan disahkan tidak benar.

Menerusi satu kenyataan bersama pihak pengurusan tertinggi kelab hari ini, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menjelaskan bahawa pasukan itu tidak pernah mengalami tunggakan gaji dalam tempoh yang begitu lama.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa KL City mengalami tunggakan gaji selama sebulan namun pihak kelab sentiasa mengusahakan yang terbaik.

Advertisements
@fariszukeiman

KL City cuba mencari jalan terbaik selesaikan kemelut pasukan. 🥲✍️ Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #ligasupermalaysia #KLCity #KhalidSamad

♬ original sound – faris.z – faris.z

Kelab juga berdepan pelbagai kekangan kewangan termasuklah pengurangan wang yang diberikan oleh pihak penaja memberikan kesan kepada pasukan.

“Dahulu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan RM10 Juta pada tahun 2019 namun berkurang kepada RM5 Juta pada tahun berikutnya.”

Advertisements

“Kita juga berdepan kekangan selepas penaja utama seperti Rinani terpaksa mengurangkan penajaan selepas berdepan kekangan juga.”

Menurut kenyataan oleh Stanley Bernard, pihak pengurusan KL City tidak akan melampaui batas dan juga memastikan tunggakan gaji akan diselesaikan sebaik mungkin.

Advertisements

“Ya kita tidak pernah menafikan bahawa KL City berdepan tunggakan gaji namun kita tidak pernah melampaui batas yang kita tetapkan. Kita sentiasa berusaha sebaik mungkin. Saya juga meminta maaf kepada para pemain dan barisan kejurulatihan atas perkara ini.”

“Saya juga pernah beraksi sebagai pemain, saya tahu perasaan berada di tempat pemain namun kami tidak pernah lari dari tanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini,” jelasnya pada sesi sidang media sebenatar tadi.

Advertisements

KL City bakal berdepan Terengganu bagi aksi timbal balik Piala Malaysia 2023 di Gong Badak, esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram