Ads
Dunia
Miera Zulyana

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur Khalid Samad menyatakan prestasi yang ditunjukkan KL City membuatkan beliau percaya pasukan ini akan ‘tapau’ Piala Malaysia dan kejuaraan Liga Super 2022.

Advertisements

Menurut Khalid KL City tiada fasiliti yang cukup untuk berlatih. Akan tetapi dengan semangat dan kesungguhan yang ditampilkan oleh pasukan KL City ini melayakan mereka memiliki siri kejuaraan akan datang.

Advertisements

Namun dalam pada itu, pasukan di bawah kendalian Bojan Hodak ini perlu membuat persediaan awal bagi memperkuatkan lagi strategi untuk menjadi salah satu pasukan gergasi dalam Piala AFC.

Advertisements

Advertisements

“Tahun depan, saya minta maaflah kepada Johor, Kedah, Terengganu dan sebagainya. Tahun depan kita akan jadi juara liga dan juara Piala Malaysia. InsyaAllah,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.

“Kita menang Piala Malaysia dengan tewaskan JDT tak bermaksud kita lebih baik dari mereka. Padang latihan pun KL City tiada.

Advertisements

“Saya tak pasti 20 tahun sebelum ini apa yang kelab lakukan kerana selepas saya ambil alih, tiada padang latihan. Jadi nak banding dengan JDT? KL City belum bersedia untuk Piala AFC, dan banyak perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu.”

Advertisements

Sebagai rekod, KL City mengakhiri kempen dengan cukup cemerlang apabila tidak tewas dalam sebarang perlawanan Piala Malaysia pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram