Khidmat Irfan Zakaria Terpaksa Dilupakan Untuk Saingan Piala AFF
Dunia
KL HAWKS + unifi
Advertisements

Menurut laporan dikeluarkan wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkefli di Twitter, beliau menyatakan bahawa Irfan Zakaria bakal terlepas untuk membantu pasukan kebangsaan di kejohanan Piala AFF Suzuki 2020.

Hal ini ekoran kecederaan yang menimpa pemain pertahanan tengah pasukan KL City FC apabila terpaksa berehat 3 bulan akibat urat dibahagian buku lalinya yang putus.

Kecederaan itu dilihat agak sirius apabila Irfan turut dimaklumkan bakal menjalani satu pembedahan pada Rabu ini.

Advertisements

Sebelum ini difahamkan bahawa nama pertahanan tengah pasukan KL City FC itu telah berada dalam perancangan dan akan turut serta bersama skuad kebangsaan dalam kejohanan AFF Suzuki di Singapura pada Disember kelak.

Aksi cemerlang Irfan sepanjang beraksi bersama skuad kendalian Bojan Hodak pada musim ini terpaksa dilupakan. Kecederaan yang menimpa pemain yang berusia 26 tahun ini pasti akan menjejaskan persiapan skuad Tan Cheng Hoe dalam kejohanan akan datang.

Walau bagaimanapun, Shahrul Saad dilihat sebagai prospek terbaik untuk menggantikan Irfan Zakaria.

Advertisements

“Pemain pertahanan tengah JDT, Shahrul Saad bakal beraksi mengantikan Irfan Zakaria oleh kerana beliau sudah kembali cergas sepenuhnya” kata Tan Cheng Hoe

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram