Dunia
Jaami Qureshi
Advertisements

Ketika pasukan bawah 23 tahun negara sedang mempersiapkan diri bagi menempuh kejohanan Kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun, barisan pemain yang dibawa oleh jurulatih negara, Brad Maloney dilihat tidak menyenaraikan beberapa muka yang berkelana di luar negara.

Antara pemain yang dimaksudkan itu ialah pemain muda Brighton, Jaami Qureshi yang dilihat tidak berada dalam senarai pemain yang dipanggil mahupun senarai akhir pemain yang dibawa bagi menggalas tugas negara di Mongolia ketika ini.

Pemain yang sudah berkelana di kelab yang berpangkalan di England itu selama hampir 5 tahun pastinya sudah sarat dengan pengalaman berlatih dan juga bermain bersama bakat-bakat muda elit di Eropah.

Advertisements

Sungguhpun begitu, pemain berusia 17 tahun itu sudah pun beraksi sebanyak 7 perlawanan musim ini bersama pasukan bawah 23 tahun kelabnya. Selain itu, beliau juga telah berjaya untuk menjaringkan 1 gol setakat ini.

Pemain yang memiliki kebolehan untuk beraksi dalam pelbagai posisi di bahagian serangan ini termasuklah di bahagian sayap kiri dan kanan pastinya menjadi aset terbaik dalam usaha menajamkan lagi jentera serangan pasukan muda negara.

Ketika ini, Brad Maloney hanya memanggil 2 pemain yang beraksi di Eropah bagi memantapkan persediaan pasukan iaitu penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin dan juga pertahanan, Annil Vigneswaran yang beraksi bersama kelab divisyen lima Jerman, SGV Freiburg.

Advertisements

Sungguhpun begitu, menerusi satu komen yang ditinggalkan oleh bapa pemain itu sendiri, beliau mengesahkan bahawa tiada usaha yang dilakukan oleh FAM bagi mendapatkan khidmat pemain ini bagi menyarung jersi negara.

Bapanya iaitu Perviz Qureshi dilihat mengucapkan kata-kata semangat buat pasukan untuk memberikan aksi yang terbaik dalam kejohanan kali ini.

‘Semoga berjaya buat pasukan di sana.’

Advertisements

Selain itu, ketika ditanya mengenai situasi anaknya sama ada pernah dirisik oleh FAM atau tidak, beliau memberitahu bahawa tiada sebarang usaha yang dilakukan oleh badan bola sepak Malaysia itu untuk mendapatkan khidmat anaknya.

Qureshi Khidmat Jaami Qureshi Tidak Ditagih FAM
Instagram: Mixed Malaysian

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram