Khidmat Safuwan Baharudin dan Hariss Harun Ditagih Singapura Bentuk Barisan Terbaik
Dunia
Fasingapore
Advertisements

Pasukan kebangsaan Singapura, dilihat sudah mengatur langkah awal untuk mempersiapkan barisan terbaik mereka menjelang kejohanan Piala Suzuki AFF yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh laman rasmi Singapura FA, terdapat 27 orang pemain yang telah disenarai pendek dalam usaha untuk mencari kesebelasan terbaik pasukan.

Sungguhpun begitu, nama para pemain yang dipanggil bukanlah satu perkara yang asing kerana Singapura dilihat masih mempertaruhkan khidmat pemain berpengalaman untuk membawa cabaran negara.

Advertisements

Dalam senarai tersebut, terdapat beberapa nama yang mencuri tumpuan peminat memandangkan kelibat mereka tidak asing lagi kerana pernah bermain bersama kelab di Malaysia.

Pemain pasukan Selangor FC, Safuwan Baharudin yang baru sahaja pulih daripada kecederaan turut mendapat kepercayaan jurulatih untuk mengisi senarai barisan pertahanan pasukan.

Khidmat pemain serba boleh berusia 30 tahun ini menjadi kunci penting buat pasukan kerana boleh beraksi di beberapa posisi dengan baik.

Advertisements

Selain itu, nama yang turut menjadi tumpuan para peminat adalah kelibat bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun yang berkelana hampir 7 musim bersama pasukan Harimau Selatan itu.

Kini, beliau sekali lagi diberi tanggungjawab untuk memainkan peranan mengetuai jentera tengah pasukan.

Pemain berusia 30 tahun ini yang sarat dengan pengalaman pastinya menjadi taruhan terbaik pasukan bagi memastikan Singapura melalui kempen yang memberangsangkan.

Advertisements

Antara nama lain yang turut tersenarai ialah pemain Kedah FA, Anumathan dan bekas pertahanan Perak FA, Shakir Hamzah selain Faris Ramli juga tersenarai dalam senarai pemain sementara itu.

Singapura diundi dalam Kumpulan A bersama Thailand selain juga Myanmar dan Filipina dilihat berpotensi untuk meraih slot bagi layak ke peringkat seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram