Kim Pan-gon Akui Ini Kali Pertama Berdepan Situasi Ramai Pemain Utama Tarik Diri
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kira-kira 10 bulan duduk di kerusi panas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon nampaknya mula menyedari betapa sukarnya untuk dia mengumpulkan skuad terbaik.

Pengendali dari Korea Selatan itu membawa skuad negara melakar sejarah mara ke Piala Asia secara merit buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun pada bulan Jun lalu dengan mempertaruhkan kelibat barisan pemain terbaik dalam negara.

Lima bulan berlalu, ceritanya kini berbeza, Kim Pan-gon kehilangan lebih sedozen pemain-pemain utama tatkala dia sedang mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric pada bulan depan.

Advertisements

FAM sebelum ini memaklumkan 11 pemain JDT termasuk Arif Aiman Hanapi, Corbin Ong, Shahrul Saad, Matthew Davies dan Natxo Insa serta tonggak Sri Pahang, Nor Azam Azih tidak dapat menyertai kem kali ini atas pelbagai alasan seperti urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.

Ada di antara mereka juga tidak mendapat pelepasan kelab berikutan kem latihan Piala AFF berlangsung di luar kalendar FIFA, dan ia selaras dengan Peraturan Status Perpindahan Pemain FIFA di mana kelab tidak wajib untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa.

Kemudiannya pada hari pertama kem latihan pada Selasa, dua lagi pemain, Akram Mahinan dan Declan Lambert pula turut menarik diri daripada skuad, kerana urusan peribadi maka tinggal lah 28 pemain untuk diuji sebelum senarai akhir 23 pemain dimuktamadkan.

Advertisements

Menerusi laporan Bernama, Kim Pan-gon mengakui dia tidak pernah berdepan situasi begini ramai pemain utama menarik diri daripada skuad kebangsaan sepanjang karier kejurulatihannya.

Namun, dia cuba untuk kekal positif dan mahu sedaya upaya membentuk skuad mantap yang berupaya memberikan saingan sengit di Piala AFF.

“Ya, dalam karier saya ini kali pertama (ramai pemain utama tarik diri) … saya perlu positif, saya boleh lihat lebih banyak pemain yang kita sudah cungkil bakat dan saya boleh melihat mereka secara bersemuka, bantu dan yakinkan mereka.

Advertisements

“Kami (juga) boleh meluaskan (panggilan untuk kem latihan berpusat kebangsaan) kepada lebih ramai pemain dan akan ada lebih banyak persaingan dalam pasukan kebangsaan. Jadi, saya mahu kekal positif,” katanya.

Skuad negara akan mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember depan, tetapi sebelum itu mereka juga akan bertemu dengan pasukan B-23 kebangsaan kendalian E.Elavarasan pada Jumaat ini (2 Disember).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram