Kim Pan-gon Bertentang Mata Dengan Faisal Halim

Faisal Halim 13 Kim Pan-gon Bertentang Mata Dengan Faisal Halim
Flash Sukan

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilihat bertemu dengan pemain sayap lincah Terengganu Faisal Halim ketika menjamu selera di Kedai Selera Kampung Teluk Ketapang, Terengganu bersama barisan kejurulatihan Harimau Malaya.

Hubungan baik antara pemain yang berusia 24 tahun itu dan Kim Pan-gon telah menarik minat barisan kejurulatihan lain untuk turut serta minum petang bersama. Pertemuan itu telah mendapat respon positif daripada seluruh peminat bola sepak tempatan.

Dalam perlawanan separuh akhir saingan Piala FA 2022 kelmarin, Faisal telah meledak satu gol buat Terengganu. Gol itu terhasil daripada gerakan solo yang akhirnya dinahtijahkan dengan satu kuisan cantik sekali gus menghukum penjaga gol Selangor.

Barangkali pertemuan itu merupakan satu berita baik untuk melihat keberadaan Faisal dalam kem kebangsaan. Jika dilihat berdasarkan perlawanan-perlawanan Harimau Malaya sebelum ini, beliau bakal menjadi antara pemain kegemaran Kim Pan-gon untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.

Skuad kendalian Kim Pan-gon dilaporkan akan terbang ke bumi Thailand untuk menghadapi saingan Persahabatan 4 Penjuru pada September kelak sebagai persediaan mereka sebelum beraksi di pentas Piala Asia 2023.