Advertisements
Sistem Latihan Kim Pan-gon Buat Pemain Sampai Tak Nak Bercakap
Dunia
MakanBola
FA Malaysia

Kehadiran jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon jelas membawa perubahan yang cukup signifikan dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan pasukan kebangsaan.

Hal ini juga diakui oleh para pemain sambil mengakui latihan yang diterapkan oleh jurulatih yang berasal dari Korea Selatan ini membuatkan pemain sehingga tidak sempat untuk bercakap.

Sungguhpun percaturan Pan-gon hanya boleh diketahui menjelang sepak mula esok hari, namun menurut pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim, beliau mengakui Pan-gon telah membawa perubahan yang cukup penting.

‘Bukan nak kata dulu kurang, apa tetapi sekarang jelas nampak lebih teratur dan juga wujud denda untuk kesilapan yang kami buat.’

Walaupun bagaimanapun, Faisal menegaskan bahawa Pan-gon tidak mahu terlalu bertegas sambil memastikan prestasi pemain negara dapat terus dipertingkatkan.

‘Semua pemain boleh ikut dengan baik. Coach Kim kata kepada kami yang walaupun beliau dari Korea, tetapi dia tidak mahu terlalu tegas tetapi mahukan kita bertanggungjawab atas usaha masing-masing.’

Tambahnya lagi, penerapan dua sesi latihan oleh pengendali berusia 52 tahun itu jelas telah memberi impak terutamanya kepada prestasi para pemain dalam latihan.

‘Coach Kim hanya berlatih sejam, sejam 10 minit tetapi tengok lepas latihan, para pemain macam mana. Sampai tak ada tenaga nak cakap. Lepas rehat sebenarnya rasa sedap. Memang teruk latihan pagi dan petang tetapi memang kita nampak perubahan,’ -Jelasnya dalam satu temubual.

Namun begitu, pemain berusia 24 tahun itu menegaskan bahawa situasi dalam kem latihan Harimau Malaya sangat harmoni dan sentiasa positif untuk menerima segala penerapan yang dibawa oleh Pan-gon.

Malaysia bakal memulakan perlawanan persahabatan pertama menentang Filipina esok hari dalam usaha untuk menerapkan falsafah dan corak permainan yang dimahukan oleh Pan-gon.