Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikatakan menyaksikan semula perlawanan ketika Vietnam bertemu Malaysia sebanyak 3 kali bagi melihat segenap sudut kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum menentang Singapura esok.

Advertisements

Sebelum ini, pada aksi ketiga Piala AFF 2022 Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 3-0 kepada Vietnam. Bagi Kim Pan-gon perlawanan tersebut semuanya telah mengikut ramuannya yang asal namun nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia.

Beliau menjelaskan setelah melihat daripada segala analisis dan kelemahan, semua itu akan diperagakan kembali sekaligus pasukan kebangsaan bakal membawa tuah berdepan Singapura nanti.

Advertisements

Perkara itu telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena FinaNasrom di laman sosial Twiiter miliknya petang tadi.

“Semua berjalan seperti yang dirancang namun kita hanya tiada nasib baik. Semua itu akan diterjemahkan kembali ketika menentang Singapura,” katanya

Advertisements

Malaysia bakal menerima kunjungan dari ‘jiran tertangga’ Singapura yang akan berentam dalam saingan Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Shah Alam malam esok.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram