Kim Pan-gon Fokus Bina DNA Selangor
MakanBola
Selangor FC

Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon fokus membina corak permainan yang ditampilkan pasukan itu bila berada di atas padang.

Hal ini digariskan beliau apabila ditanya tentang prestasi anak buahnya selepas aksi Liga Super menentang Brunei DPMM FC.

Meskipun berpuas hati dengan prestasi Selangor, Pan-gon melihat ini sebagai langkah pertama untuk membina DNA permainan pasukan itu.

Bekas jurulatih Harimau Malaya itu berharap ini dapat diteruskan agar dapat membantu Selangor bersaing selepas ini.

“Saya fikir sebagai seorang profesional dan penuh semangat, kita cuba membina cara permainan Selangor.

“Hari ini merupakan langkah pertama saya fikir kita cuba bina DNA kita atau cara bermain cara Selangor.

“Kita akan lakukannya secara perlahan-lahan. Kita akan terus menggunakan pendekatan ini agar kita lebih maju,” katanya selepas perlawanan.

Aksi itu menyaksikan Selangor membelasah Brunei DPMM 5-2. Chrigor Moraes dan Nooa Laine Hamzah ceria mencetak nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu.

Tuan rumah membalas menerusi gol Hakeme Yazid Said dan Miguel Oliveira. Keputusan ini menyaksikan Selangor berkongsi 28 mata dengan Kuching City FC yang menduduki tangga ketiga liga.

Kemenangan ini juga cukup bermakna buat Pan-gon kerana ini kemenangan pertamanya sebagai jurulatih Selangor.