Kim Pan-gon Lulus Ujian Pertama Di Liga Super
MakanBola
Selangor FC

Jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon lulus ujian pertama bersama pasukan baharunya, Selangor FC.

Ini selepas The Red Giants membelasah Brunei DPMM FC 5-2 dalam aksi terbaru liga di Bandar Seri Begawan.

Selepas sah dipilih sebagai pengganti tetap Katsuhito Kinoshi, ramai penyokong mengharapkan Pan-gon membuat impak segera buat Selangor.

Keinginan itu menjadi kenyataan apabila Chrigor Moraes menyumbat empat gol buat pelawat. Satu lagi gol Selangor disumbang pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine Hamzah.

DPMM membalas menerusi bintang muda Brunei, Hakeme Yazid Said dan Miguel Oliveira. Keputusan ini menyaksikan keinginan pasukan itu merekodkan kemenangan kelima berturut-turut disekat The Red Giants.

Aksi ini turut menyaksikan pemain tengah Perancis, Mahame Siby membuat penampilan pertama bersama Selangor sebagai pemain gantian.

Selangor kini mengalihkan fokus menentang Negeri Sembilan FC untuk aksi liga seterusnya pada 14 Januari ini.