Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk menggugurkan khidmat penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim.

Advertisements

Pemain muda berusia 20 tahun itu merupakan sebahagian daripada senarai 27 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan di Terengganu.

Khidmat beliau bagaimanapun terpaksa dilupakan oleh Pan-gon menjelang pertemuan dengan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea.

Advertisements

Penyerang tinggi lampai ini difahamkan telah mengalami kecederaan sekaligus menyebabkan khidmat beliau terpaksa disisihkan.

“Sehingga semalam saya menunggu perkembangan Haqimi tetapi saya tidak dapat melihat beliau sempat pulih.”

Advertisements

“Disebabkan faktor kecergasan, saya terpaksa gugurkan Haqimi tetapi pemain lain berada dalam keadaan fizikal yang terbaik,” jelasnya oleh FAM.

Pengendali kelahiran Korea Selatan ini juga berazam untuk mengekalkan rekod cemerlang di laman sendiri sungguhpun kali ini skuad kebangsaan beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu.

Malaysia bakal bertemu Kepulauan Solomon pada 14 Jun sebelum menghadapi tentangan Papua New Guinea pada 20 Jun kelak.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram