Advertising
Kim Pan-gon Letak Jawatan, FAM Tak Kenakan Penalti
MakanBola
FA Malaysia

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak perlu bimbang dengan isu pampasan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Isu pampasan timbul apabila Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi mendedahkan jurulatih berusia 55 tahun itu berkemungkinan perlu membayar pampasan lebih RM3 juta kepada badan induk itu.

Ad

Ini disebabkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan yang berlaku dalam tempoh yang singkat. Pan-gon telah bersama Harimau Malaya selama dua tahun enam bulan sebelum memilih untuk meninggalkan pasukan itu.

Ad

Walau bagaimanapun, berdasarkan perkongsian terkini wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, jurulatih Korea Selatan itu tidak perlu bimbang dikenakan penalti oleh FAM.

Ini selepas kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan secara lisan berkenaan isu peletakan jawatan. Namun begitu, FAM masih berhak membuat tuntutan pampasan 17 bulan gaji kepada Pan-gon sekiranya badan induk itu berubah fikiran.

Ad

“KPG letak jawatan: Tiada pampasan, tiada penalti. Tetapi tanpa sebarang surat rasmi hanya menerusi persetujuan mulut, FAM masih ada hak ke atas tuntutan 17 bulan gaji, jika badan induk itu berubah fikiran,” katanya di X.

Ad

Susulan peletakan jawatan Pan-gon, FAM mengumumkan Pau Marti Vicente sebagai pemangku jurulatih Harimau Malaya.

Ad