Ads
Kim Pan-gon Lihat Jiwa Besar Dalam Diri Safawi Rasid
Harimau Malaya
FA Malaysia

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon melihat jiwa besar yang berada dalam diri Safawi Rasid.

Advertisements

Jurulatih berusia 55 tahun itu tidak lagi bersama skuad kebangsaan selepas meletakkan jawatan baru-baru ini.

Advertisements

Beliau dalam satu temu bual eksklusif bersama Astro Arena sempat berkongsi berkenaan sisi berbeza para pemainnya dalam kem kebangsaan.

Advertisements
Advertisements

Memori indah itu jelas terpahat dalam jiwa Kim Pan-gon yang jelas mengenali setiap seorang pejuang dalam pasukannya.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bercerita tentang Faisal Halim dan Sumareh yang memiliki keakraban luar biasa dalam dan luar padang.

Advertisements

“Ia satu memori yang baik untuk saya melihat Faisal Halim dan Sumareh. Mereka berdua ibarat Tom and Jerry. Selalunya Faisal Halim menang dan Sumareh kalah.

“Mereka bersaing tetapi kami menikmati setiap saat dalam kem latihan kebangsaan. Kita lihat mereka beraksi dan bergelak ketawa.

Pan-gon juga mengesan beberapa watak penting seperti Syamer Kutty dan juga Safawi Rasid yang masing-masing memiliki aura tersendiri dalam skuad negara.

“Safawi seorang budak nakal dan juga pelawak dalam skuad. Beliau juga seorang insan yang penyayang. Beliau ada karakter pemimpin dalam dirinya.

“Beliau tahu bagaimana caranya untuk membuat pemain dekat dengannya,” ujar beliau kepada Astro Arena.

Advertisements

Masa depan Kim Pan-gon masih belum ada titik noktahnya sungguhpun dikaitkan dengan kepulangan ke Korea Selatan dengan Harimau Malaya bakal beraksi di Pestabola Merdeka 2024, September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram