Kim Pan-gon Mengintip Di Kota Singa
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon difahamkan telah berangkat ke Singapura.

Kelibat jurulatih berusia 53 tahun itu tidak kelihatan pada sesi latihan kem kebangsaan hari ini. Kim Pan-gon dikatakan ke Kota Singa untuk menyaksikan perlawanan antara Singapura dan Vietnam.

Kedua-dua pasukan tersebut bakal berentap pada 8.30 malam ini di Stadium Jalan Besar. Vietnam sedang dalam misi mencatat empat kemenangan berturut peringkat kumpulan sementara Singapura cuba mencuri mata berharga sebelum bertemu Malaysia.

Advertisements

Sudah pasti Kim Pan-gon ke Kota Singa bagi meneliti serta menganalisis setiap kelemahan dan kekuatan pasukan Singapura sebagai persediaan Harimau Malaya untuk aksi terakhir kelak.

Malaysia bakal berdepan Singapura pada Selasa depan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aksi tersebut amat penting untuk Malaysia mendapatkan tiga mata sekaligus menjadi penentu skuad kendalian Kim Pan-gon untuk layak ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram