Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mula menyaksikan secara dekat kemampuan pemain Penang beraksi.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mempunyai misi besar pada bulan Jun ini untuk memanggil barisan pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Skuad kebangsaan berpotensi untuk beraksi tanpa dua tonggak penting negara iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang diserang individu misteri hingga cedera.
Keadaan ini memungkinkan berlakunya rombakan dalam panggilan pemain kali ini bagi menghadapi Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.
Pan-gon kini mula melakukan tugas penting dengan hadir ke beberapa venue perlawanan Liga Super seperti Sri Pahang dan Kelantan United.
Beliau dan barisan kejurulatihan yang lain terbang ke Likas bagi memantau aksi pemain Sabah dan juga Penang FC sungguhpun perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri.
Antara pemain kebangsaan yang beraksi bersama Sabah dan Penang ialah Darren Lok, Daniel Ting, Stuart Wilkin, Dominic Tan dan juga Syamer Kutty.
Kehadiran beliau memberi petanda yang baik dalam usaha para pemain untuk merebut tempat bersama Harimau Malaya.
Malaysia memiliki tugas besar untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan skuad negara kini di tangga ketiga dengan 6 mata daripada 4 perlawanan.
Skuad kebangsaan akan terbang ke Kyrgyzstan pada 6 Jun sebelum beraksi di Bukit Jalil menentang Chinese Taipei pada 11 Jun 2024.