Kim Pan-gon Panggil Daniel Ting
Harimau Malaya
Sabah FC
Advertisements

Susulan masalah kecederaan yang dialami Azam Azmi Murad, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memanggil bek kiri Sabah FC, Daniel Ting menyertai kem skuad negara.

Keputusan ini diumumkan Pan-gon menerusi satu kenyataan yang disiarkan di laman media sosial rasmi FAM hari ini.

Jurulatih Korea Selatan itu memilih melepaskan Azam selepas isu kecederaan lutut yang dihadapi bek kanan Terengganu FC itu dikesan oleh pasukan perubatan.

Advertisements

Justeru, Daniel dipanggil sebagai penggantinya untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan masing-masing pada 16 dan 21 November ini.

“Daniel menggantikan Azam Azmi Murad dari Terengganu FC yang hadir melapor diri, Jumaat lalu tetapi terpaksa dilepaskan, semalam selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat kebimbangan kecederaan pada lututnya.

“Dengan ketiadaan Azam, posisi pertahanan kanan akan diisi oleh Matthew Davies dan Syahmi Safari yang mana Syahmi sebelum ini dipersiapkan untuk bersama-sama La’Vere Corbin-Ong di posisi pertahanan kiri.

Advertisements

“Semoga Azam cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” katanya hari ini.

Dengan perubahan ini, bekas bek kiri Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu bakal menjadi pemain sokongan kepada La’Vere Corbin Ong.

Manakala Syahmi Safari pula mengambil alih kedudukan Azam sebagai pemain sokongan kepada rakan sepasukan di Harimau Selatan, Matthew Davies.

Advertisements

Daniel sudah merekodkan 24 penampilan bersama Sabah dalam semua kejohanan termasuk Piala AFC.

Beliau sudah menjaringkan enam gol termasuk gol pertama yang membantu skuad Badak membenam cabaran Hai Phong pada 9 November lalu.

Daniel telah merekodkan dua penampilan bersama Harimau Malaya. Ini termasuk penampilan pada separuh masa kedua yang membantu mereka mengalahkan Papua New Guinea 10-0.

Advertisements

Malaysia bakal memulakan kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan pada 16 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram