AFC Cup: Sabah Kembali Cemerlang Di Asia, Belasah Hai Phong
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Sabah FC semakin hampir layak ke separuh akhir zon Piala AFC selepas mengalahkan wakil Vietnam, Hai Phong 4-1 di Stadium Likas hari ini.

Selepas tewas 3-2 kepada lawan sama beberapa minggu lepas, skuad Badak berharap kelebihan di Stadium Likas dapat membantu mereka meraih kemenangan.

Babak pertama menyaksikan Hai Phong cuba menekan Sabah melakukan kesilapan mudah bagi mendapatkan gol awal.

Advertisements

Bagaimanapun, pelawat terkejut apabila dibolosi pada minit ke-20 menerusi bek kiri Harimau Malaya, Daniel Ting.

Tersentak, The Flamboyant berusaha memburu gol penyamaan. Malangnya, gol yang dicari mereka tidak muncul.

Malah, mereka semakin ketinggalan apabila penyerang kebangsaan, Darren Lok menanduk hantaran Saddil Ramdani yang menewaskan penjaga gol Nguyen Van Toan pada minit ke-34.

Advertisements

Dua gol tersebut sudah cukup memastikan Sabah selesa mendahului 2-0 sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Hai Phong memasukkan Lucao bagi menambah ketajaman di bahagian serangan.

Ini memaksa barisan pertahanan tuan rumah diketuai penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat bekerja keras menyerap asakan pelawat.

Advertisements

Tuan rumah hampir menambah gol ketiga menerusi Saddil pada minit ke-66 selepas menerima hantaran Miguel Cifuentes. Malangnya, peluang tersebut disia-siakan pemain sayap Indonesia itu.

Gol ketiga yang dicari Sabah akhirnya muncul pada minit ke-70 menerusi bek tengah Brazil, Gabriel Peres.

Saddil sekali lagi bertindak mencipta satu hantaran padu yang mudah ditanduk Peres menewaskan Van Toan. Itu merupakan gol keenam beliau musim ini dalam semua kejohanan termasuk Piala AFC.

Advertisements

Penyerang The Flamboyant, Yuri Mamute menyumbat gol saguhati buat pelawat pada minit ke-85.

Kebangkitan yang dicari Hai Phong tidak muncul. Sebaliknya, Jafri Firdaus Chew mudah menyempurnakan hantaran Ramon Machado untuk gol keempat pada minit ke-95.

Peres dipilih Sofascore sebagai pemain terbaik skuad Badak dengan markah 7.8 mata. Sementara Mamute pula dipilih sebagai pemain terbaik Hai Phong dengan markah 7.6 mata.

Keputusan ini memastikan Sabah menerajui Kumpulan H dengan sembilan mata, tiga mata di hadapan Hai Phong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram