Ong Kim Swee: Beraksi Di Stadium Likas Beri Kelebihan Kepada Sabah
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berharap anak-anak buahnya memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Likas malam ini.

Dengan kedudukan dalam Kumpulan H masih lagi terbuka dengan Sabah dan Hai Phong masing-masing mengumpul enam mata, kemenangan malam ini penting bagi kedua-dua pasukan.

Sabah memiliki rekod cemerlang di Stadium Likas musim ini. Daripada 16 perlawanan yang diharungi dalam semua kejohanan, mereka menang 10 kali, empat seri dan dua kekalahan.

Advertisements

Justeru, Kim Swee mahu kelebihan ini dimanfaatkan sepenuhnya skuad Badak bila turun menentang Hai Phong.

“Ya, sudah tentu kita menganalisis perlawanan kita dengan Hai Phong. Apabila kita tewas di sana, ada banyak kelemahan yang perlu kita perbaiki. Dan dah tentu Hai Phong ada kelebihan tersendiri.

Advertisements

“Pada masa sama, kita tak boleh terlalu gusar kerana kita beraksi di Stadium Likas. Dan saya percaya bermain di tempat sendiri akan memberi kelebihan tetapi kita tidak boleh mengambil mudah,” katanya dalam sidang pra-perlawanan semalam yang disiarkan di Astro Arena.

Sabah akan turun dengan misi membalas dendam ke atas Hai Phong selepas tewas kepada lawan sama 3-2 beberapa minggu lepas.

Advertisements

Kemenangan hari ini bakal membuka laluan seluas-luasnya kepada Sabah mahupun Hai Phong untuk layak ke pusingan Piala AFC yang seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram