AFC Cup: Hasrat Sabah Kekal Gagah Di Asia Tersekat, Ditewaskan Hai Phong
AFC Cup
AFC Cup
Advertisements

Hasrat Sabah FC melebarkan rekod 100% dalam Kumpulan H Piala AFC tidak kesampaian apabila tunduk 3-2 kepada kelab Vietnam, Hai Phong.

Sabah dianggap pilihan utama kerana sudah memenangi dua aksi awal Kumpulan H. Manakala Hai Phong pula mahu bangkit selepas tewas kepada Hougang United dari Singapura dalam aksi kedua kumpulan.

The Flamboyant memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri dengan mendominasi babak pertama.

Advertisements

Dan itu dibuktikan menerusi gol pertama mereka pada minit ke-14 menerusi Nguyen Huu Son.

Tuan rumah terus menggandakan kelebihan mereka selepas itu menerusi pemain pertahanan Dam Tien Dung pada minit ke-18.

Advertisements

Sabah cuba bangkit menerusi percubaan Saddil Ramdani pada minit ke-33 tetapi percubaannya berjaya dinafikan penjaga gol Nguen Dien Trieu. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, pasukan pelawat terus menggandakan asakan bagi merapatkan jurang dengan The Flamboyant.

Advertisements

Malangnya, jentera serangan skuad Badak yang diterajui Darren Lok terus buntu mencipta peluang jaringan.

Sabah merapatkan jurang menerusi tandukan penyerang Brazil, Ramon Machado pada minit ke-71. Itu merupakan gol ke-10 beliau bersama skuad Badak musim ini.

Advertisements

Belum sempat pelawat meraikan gol mereka, Hai Phong kembali melebarkan kelebihan dua gol menerusi rembatan kencang Tien Dung seminit selepas itu.

Barisan pertahanan tuan rumah tiba-tiba tergamam apabila rembatan jarak jauh Gary Steven Robbat menerjah penjuru jaring gawang Dien Trieu pada minit ke-79.

Dengan kedudukan 3-2, Sabah terus memberi tekanan bagi mendapatkan gol penyamaan. Namun begitu, keputusan 3-2 kekal memihak kepada Hai Phong sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini melonjakkan Hai Phong ke tangga kedua Kumpulan H di belakang skuad Badak. Biarpun berkongsi enam mata, Sabah masih mendahului dari segi kelebihan jaringan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram