Kim Pan-gon Pantau Kekuatan PJ City & Kedah

unifi
Nik Faris
@nikfalovic
9:41pm 10/05/2022

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali meneruskan tugas seperti biasa apabila beliau dikatakan berada di Stadium MBPJ malam ini.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu turun bersama-sama barisan kejurulatihannya dalam misi untuk mencari barisan pemain terbaik bagi panggilan berikutnya.

Beliau yang seringkali dilihat berada dalam stadium untuk meneliti dan melihat dengan sendirinya aksi kesemua para pemain tempatan.

Malah, Pan-gon turun berbekalkan data dan juga statistik dalam memastikan bahawa pemain dinilai seadilnya untuk memberi peluang buat muka baharu berada dalam skuad kebangsaan.

Sebelum ini, jurulatih berusia 52 tahun itu seringkali berada di Stadium Sultan Ibrahim selain turut kerap memantau aksi pemain lokal Petaling Jaya City FC.

Oleh yang demikian, beliau sekali lagi berkunjung ke Lembah Klang untuk menilai para pemain.

Aksi para pemain Harimau Malaya kendalian Pan-gon mempamerkan aksi yang amat baik ketika berlangsungnya perlawanan persahabatan sebelum ini.

Oleh itu, beliau sudah pasti mahu mempersiapkan pasukan dengan sebaik mungkin tatkala Malaysia bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Myanmar dan juga Hong Kong.

Medan ujian sebenar Pan-gon adalah pada Kelayakan Piala Asia dalam memastikan Harimau Malaya dapat memungut mata maksimum pada kejohanan tersebut.