Kim Pan-gon Rancang Sesuatu Dengan Arif Aiman & Faisal Halim
Harimau Malaya
Khairul & FA Malaysia
Advertisements

Statistik luar biasa yang dipamerkan oleh duo Harimau Malaya, Faisal Halim dan Arif Aiman sekali lagi bakal menjadi strategi utama skuad negara di bawah kendalian Kim Pan-gon Jun ini.

Kedua-dua pemain lincah ini berada pada kemuncak prestasi bersama pasukan masing-masing apabila tampil dengan aksi yang cukup memukau.

Arif Aiman kini merupakan antara pemain tempatan paling menyerlah dalam skuad juara Harimau Selatan apabila terus mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Tano Solari untuk kekal berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Pemain berusia 21 tahun ini juga diberi pelbagai peranan dalam skuad JDT termasuklah beraksi beberapa kali pada posisi nombor 9 pasukan.

Arif menjadi pemain paling banyak memperoleh minit permainan bersama JDT dengan beraksi kesemua 13 perlawanan Liga Super sebanyak 1134 minit.

Beliau juga pemain paling banyak melakukan bantuan gol iaitu 9 kali dan menjaringkan 5 gol setakat ini.

Advertisements

Prestasi sama juga turut dipamerkan oleh pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim yang kini menjadi watak penting di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Pemain berusia 25 tahun ini memulakan musim pertamanya dengan agak perlahan namun kembali mendapat rentak yang diimpikan.

Kelincahan bekas bintang Terengganu ini seringkali menjadi igauan pertahanan lawan apabila merekodkan statistik yang amat mengagumkan.

Advertisements

Faisal merupakan pemain paling banyak membuat penampilan musim ini iaitu sebanyak 14 perlawanan Liga Super (1066 minit).

Beliau juga telah pun menjaringkan 7 gol dan merekodkan 6 bantuan gol sekaligus menjadi pemain tempatan paling menyerlah bersama The Red Giants.

Kudrat dua orang pemain ini dijangka akan terus menambat hati ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon berdepan Kepulauan Solomon dan juga Papua New Guinea tatkala mereka tersenarai dalam 27 pemain yang dipanggil ke kem kebangsaan kali ini.

Advertisements

Skuad kebangsaan juga mahu terus memperagakan aksi yang memberangsangkan bagi memperbaiki kedudukan ranking FIFA selain persediaan ke Piala Asia 2023 di Qatar tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram