Senarai 27 Pemain Kim Pan-gon Curi Perhatian
Harimau Malaya
Khairul / MakanBola
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai 27 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya.

Senarai kali ini mencuri tumpuan ramai dalam kalangan peminat bola sepak tempatan dengan hadirnya muka baharu dan muka-muka yang kembali dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya.

Pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon menyenaraikan sepuluh muka baharu untuk perkuat pasukan bagi menghadapi dua siri perlawanan persahabatan. Safawi Rasid, Mukhairi Ajmal, Haqimi Azim, Azam Azmi dan Lee Tuck serta tiga pemain yang kembali dipanggil iaitu Natxo Insa, Junior Eldstal, Shahrel Fikri dan Azri Ab Ghani serta muka baharu, Syahir Bashah telah terpilih untuk menyertai kem kebangsaan kali ini.

Advertisements

Daripada 27 orang pemain yang dipanggil kali ini, KPG mengekalkan 17 pemain daripada 27 pemain yang berada dalam skuad ketika Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Turkmenistan dan Hong Kong di Johor Bahru tempoh hari.

Bagi skuad kali ini, seramai 13 pemain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), 3 pemain daripada Sabah, Selangor dan KL City, 2 daripada Negeri Sembilan dan seorang pemain daripada Terengganu, Kedah Darul Aman dan SJK Seinajoki.

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools tidak menyertai kem kebangsaan kali ini kerana bakal melansungkan majlis perkahwinan. Sementara penyerang negara, Darren Lok tidak disenaraikan kali ini.

Advertisements

Syafiq Ahmad, Hong Wan, Afiq Fazail, Khuzaimi Piee, Azam Azih dan Rizal Ghazali antara nama yang berada dalam skuad bersedia.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi bagi perlawanan pertama menentang Kepulauan Solomon pada Rabu, 14 Jun di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum menentang Papua New Guinea pada Selasa, 20 Jun bagi perlawanan terakhir persahabatan antarabangsa Tier 1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram