Kim Pan-gon: Saya Tak Marah Pemain
Dunia
Haziq / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bangga dengan persembahan yang telah ditampilkan anak buahnya dalam aksi persahabatan Tier 1 hari ini.

Malaysia berjaya mencatat kemenangan bergaya mengatasi pasukan Maldives dengan keputusan 3-0.

Dalam sesi sidang media pasca perlawanan, Kim Pan-gon menjelaskan bahawa beliau tetap berpuas hati dengan aksi pemain-pemainnya sungguhpun kelihatan sedikit lemau pada separuh masa pertama.

Advertisements

Jurulatih berusia 53 tahun itu berpendapat satu gol yang dijaringkan anak buahnya itu amat penting sebelum masuk ke bilik persalinan.  

“Saya tak marah mereka kerana persembahan yang agak lemau pada babak pertama. Buat apa saya nak marah kerana mereka tetap berjaya menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama.

“Saya hanya yakinkan dan galakkan mereka untuk beraksi dengan lebih baik pada separuh masa kedua.”

Advertisements

Beliau dalam pada itu berterima kasih kepada semua pemain yang telah bertungkus lumus memberikan segalanya buat negara. Beliau yakin para pemain ini gembira berada dalam kem kendaliannya ketika ini.

“Skuad ini telah berlatih dengan bersungguh-sungguh dan mengikut segala arahan saya. Menang atau kalah, saya tetap hargai mereka. Mereka tak merungut dan sentiasa komited untuk skuad kebangsaan.” 

“Mereka gembira dan suasana kem kami juga baik. Kami mahu beri persembahan terbaik dalam setiap perlawanan,” ujar Kim Pan-gon.

Advertisements

Malaysia bakal membuka tirai dalam kempen Piala AFF 2022 menentang Myanmar pada Rabu, 21 Disember kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram