Advertisement
Kim Pan-gon ‘Sengsara’ Di Ulsan HD
ACL
MakanBola
Ulsan HD

Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon terus dilanda tekanan hebat untuk mengemudi jaguh Korea itu.

Bekas pengendali Malaysia itu berdepan cabaran luar biasa selepas tewas kali ketiga dalam kempen AFC Champions League Elite (ACLE) kepada Vissel Kobe dengan keputusan 2-0.

Sebelum ini, Ulsan HD telah pun tunduk kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 1-0 sebelum dibelasah Yokohama F. Marinos dengan jaringan 4-0.

Kekalahan ke-4 sejak mengemudi gergasi Korea Selatan itu menyaksikan Ulsan HD terus berada pada kedusukan tercorot kumpulan sekaligus meletakkan tekanan buat Kim Pan-gon.

Sungguhpun turun dengan barisan terbaik, Ulsan HD gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila kecundang kepada Vissel Kobe hasil dua jaringan Taisei Miyashiro.

Sebelum ini, Pan-gon memberitahu bahawa lawan beraksi dengan lebih baik dan beetehan dengan cukup berdisiplin.

“Saya tidak mahu menyalahkan pemain. Kami akan menganalisis perlawanan ini dan bersedia untuk aksi berikutnya.

“Kami perlu berdepan dengan pasukan yang agresif seperti Yokohama. Saya cuba melawan mereka dengan corak bertahan yang agresif sungguhpun pendekatan tersebut memiliki risiko,” jelasnya.

Aksi seterusnya menyaksikan Ulsan HD akan terbang ke Malaysia bagi menghadapi tentangan JDT pada 5 November 2024.