Kim Pan-gon & TMJ Bertemu Demi Bola Sepak Malaysia
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertemuan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) meraih tumpuan para peminat bola sepak tanah air.

Kunjungan beliau ke Johor ditemani oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin yang sempat bertentang mata di pejabat kelab JDT.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Johor Southern Tigers, pertemuan tersebut turut dihadiri oleh ketua jurulatih JDT, Tano Solari.

Advertisements

Perjumpaan tersebut difahamkan adalah bagi membincangkan beberapa perkara penting yang melibatkan skuad kebangsaan dan juga bola sepak Malaysia.

Umum mengetahui bahawa JDT merupakan kelab terbaik di Malaysia dengan kebanyakan pemain yang membarisi skuad negara beraksi bersama skuad Harimau Selatan.

Pertemuan tersebut juga dijangka menyentuh berkenaan beberapa isu yang melibatkan perjalanan dan persiapan skuad Harimau Malaya yang bakal menghadapi saingan Piala Asia.

Advertisements

Sebelum ini, TMJ sudah pun membuka ruang buat pasukan kebangsaan untuk berlatih menggunakan fasiliti dan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim bagi menghadapi dua aksi persahabatan menentang Hong Kong dan Turkmenistan.

Keputusan memberangsangkan ini juga dilihat sebagai perkara yang positif tatkala pengendali kelahiran Korea Selatan itu sudah tentu mahu membawa barisan terbaik ke Qatar, awal tahun hadapan.

Malaysia diundi bersama pasukan gergasi Asia, Korea Selatan dan dua lagi pasukan timur tengah iaitu Bahrain dan Jordan dalam Kumpulan E.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram