Kim Pan-gon Ucap Terima Kasih Kepada Kelab Yang Lepaskan Pemain
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Memang bukan mudah mempersiapkan pasukan untuk menghadapi pertandingan besar tanpa pemain-pemain utama, namun bagi Kim Pan-gon, dia akur itu adalah situasi yang tidak boleh dielakkan.

Pengendali berasal dari Korea Selatan itu terpaksa mengetepikan bukan seorang atau dua, tetapi 12 pemain utama sebelum menyenaraikan 30 pemain untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 29 November ini.

11 daripadanya adalah pemain JDT iaitu Arif Aiman, Shahrul Saad, Corbin Ong, Nazmi Faiz, Matthew Davies, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Afiq Fazail, Syahmi Safari, Natxo Insa dan Nathaniel Shio Hong Wan; serta Nor Azam Azih dari Sri Pahang.

Advertisements

Nor Azam difahamkan menolak menyertai pasukan kerana komitmen keluarga, manakala pemain-pemain JDT pula digugurkan kerana isu lain termasuklah tidak mendapat pelepasan kelab berikutan kem latihan dan Piala AFF berlangsung di luar kalendar FIFA.

Kim Pan-gon memahami dan tidak menyalahkan sesiapa kerana itu adalah hak kelab, tetapi dia mengucapkan terima kasih kepada kelab yang tetap sudi melepaskan pemain meskipun menyedari ia mungkin menganggu perancangan yang telah diatur bersama pemain mereka during off-season.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemain skuad Harimau Malaya. Sangat menghargai komitmen, kesetiaan dan patriotisme anda, yang merupakan nilai pasukan kebangsaan kita.

Advertisements

“Maklumlah ia bukan tempoh Fifa, dan banyak pengorbanan perlu dilakukan untuk menyertai pasukan kebangsaan, tetapi anda beri komited untuk negara anda.

“Terima kasih kepada semua pegawai kelab dan ketua jurulatih kerana melepaskan pemain yang anda sayangi. Kami akan cuba melatih pasukan dengan sebaiknya dan akan menekankan aspek profesional kepada setiap pemain. Kita sekarang berjuang untuk nama Malaysia,” ujar Kim Pan-gon di instagram peribadinya.

Kim Pan-gon akan memuktamadkan senarai akhir 23 pemain ke Piala AFF selepas dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Kemboja dan Maldives pada bulan depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram