Kim Pan-gon dan pasukannya, Ulsan HD menghadapi tentangan Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa sebarang bebanan.
Jaguh Korea Selatan itu mengharungi tiga aksi awal dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) dengan kekalahan kepada wakil Jepun.
Usaha untuk mencari mata pertama bakal diteruskan di Stadium Sultan Ibrahim apabila bakal bertemu skuad Harimau Selatan pada 5 November 2024.
Momentum terbaik dimiliki oleh Ulsan HD selepas muncul juara K-League 1 baru-baru dan mengekalkan kejuaraan itu buat kali ketiga berturut-turut.
Aksi menentang JDT ini amat penting namun misi pasukan Korea Selatan itu sudah berakhir dalam saingan liga sekaligus fokus terarah kepada pertembungan di pentas Asia.
Pan-gon lihat pengalaman yang dimiliki oleh para pemainnya menyaksikan mereka mampu mempamerkan persembahan yang amat baik di atas padang.
“Saya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada pemain yang menunjukkan prestasi yang baik hari ini. Pemain yang mempunyai banyak pengalaman menunjukkan penampilan yang tenang dan tegas. Terima kasih kepada pemain,” ujarnya.
Ulsan HD merekodkan 8 kemenangan, dua seri dan satu kekalahan dalam 11 aksi sejak diambil alih oleh pengendali berusia 56 tahun itu.
JDT juga kini dalam momentum terbaik selepas menundukkan Selangor dengan keputusan 3-0 di Stadium MBPJ.
Aksi JDT menentang Ulsan HD berlangsung pada 5 November jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.