Advertisement
Kim Swee Tidak Letak Sasaran Tinggi
Dunia
MakanBola
officialsabahfc

Bagi permulaan saingan musim ini, jurulatih Sabah FC, Kim Swee akui tidak dapat menjanjikan keputusan yang baik. Malah, Kim Swee menjelaskan bahawa tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi buat Sabah bagi saingan musim 2022.

Bekas pengarah teknikal FAM ini dalam pada itu menyedari bahawa pasukan Sabah memerlukan lebih masa lagi untuk membentuk sebuah pasukan yang mempunyai kesefahaman tinggi antara pemain.

Konsistensi adalah perkara utama yang menjadi kunci sebuah pasukan untuk mampu saingi seluruh pasukan dalam liga jelas kim swee dalam temubual di Harimau Malaya Youtube.

“Kita tidak meletak sasaran yang tinggi walaupun saya menandatangani pemain-pemain senior tetapi meraka harus bersama dengan pemain-pemain sedia ada untuk kita plan.

“Dalam masa yang dekat saya percaya kita tidak mampu mendpaat keputusan yang positif,

“Saya harap Sabah FC dapat menyaingi pasukan-pasukan gergasi, seperti JDT, Selangor, Terengganu, Kedah dan pasukan-pasukan lain kita tak boleh ambil mudah.

“Kalau kita lihat dalam liga kita, apa-apa boleh berlaku, yang peling penting pemain sabah fc perlu konsisten. Jika kita konsisten dalam liga, kita mampu saingi semua.

Mengulas lanjut, jurulatih berusia 51 tahun ini tidak mahu barisan pemain memikirkan soal kejuaraan ataupun kedudukan dalam liga.

Ketika ini, paling utama adalah semangat juang yang tinggi untuk bergerak bersama-sama sebagai sebuah pasukan tidak kira pemain tempatan, senior mahupun import dalam membina sebuah pasukan terbaik di Liga Malaysia.

“Saya tidak ingin pemain memikirkan dahulu tentang kejuaraan teruatamanya ataupun mendapatkan kedudukan yang baik.

“Yang penting sekarang adalah untuk memastikan semua pemain blend as unit, kerana apabila saya ingin membina sebuah pasukan ia akan mengambil masa tak kira pemain senior mahupun berpengalaman.

“Mereka perlu blend sebagai satu pasukan dengan pemain-pemain tempatan sedia ada termasuk pemain import,” kata Ong Kim Swee dalam temubual bersama Harimau Malaya.