Seorang penjaga gol cilik dari Indonesia sanggup terbang ke Malaysia demi mendapatkan latihan yang keras daripada jurulatih tempatan.
Itulah yang berlaku kepada adik Glen dari Indonesia yang merelakan dirinya dilatih dengan keras oleh jurulatih penjaga gol terkenal, Coach Mio dari Mio Army Goalkeeper.
Coach Mio adalah jurulartih yang sangat dikenali di Malaysia dek kerana latihan keras yang dipraktikkan kepada sesiapa yang ingin berlatih dengannya.
Adik Glen telah hadir ke Malaysia dan menerima tunjuk ajar daripada Coach Mio. Hasilnya, Glen dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dalam satu kejohanan di Indonesia.
“Terima kasih coach. Anak saya berubah ketika beraksi. Dia jadi lebih berani bersuara. Luar biasa latihan kelmarin. (Glen) clean sheet dalam semua perlawanan hari ini. Jauh dari Indonesia ke Kuala Lumpur dapatkan ilmu yang akan dibawa sampai tua,” kongsi ayah Glen kepada Coach Mio di laman Facebook.
Coach Mio yang berkongsi cerita tersebut juga mengucapkan syukur selepas menerima penghargaan daripada orang luar iaitu dari Indonesia.
“Syukur Alhamdulilah. Penghargaan dari orang luar. Terima kasih ya Allah,” coret Coach Mio di laman Facebook.
Ternyata latihan yang dipraktikkan Coach Mio membuahkan hasil. Walaupun ianya menerima reaksi negatif sesetengah warganet, namun ianya tidak menghalang Coach Mio terus menyebarkan ilmu berguna kepada sesiapa yang ingin menjadi penjaga gol yang berjaya.