Kita Akan Lihat Pertarungan Safawi & Sasalak – Sasalak Haiprakhon
Dunia
Muhammad / MakanBola
Advertisements

Pemain pertahanan Thailand, Sasalak Haiprakhon optimis untuk membantu pasukannya mencatat keputusan positif dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022.

Tonggak Buriram United itu berpendapat bahawa beliau dan rakan sepasukan sudah melakukan persiapan yang cukup rapi sebelum turun pada esok hari. Beliau akui beraksi di Bukit Jalil mendatangkan kelebihan buat Malaysia, akan tetapi fokusnya ketika ini adalah untuk memperkuat pasukan.

“Kami dah cukup rehat dan bersedia untuk beraksi. Seperti yang jurulatih kata, Malaysia memiliki ramai penyokong dan atmosfera disini sangat luar biasa.”

Advertisements

Pertahanan berusia 26 tahun itu juga sudah bersedia untuk mengawal benteng Thailand dari dibolosi dan menyekat kemaraan pemain sayap Harimau Malaya.

“Namun fokus kini tertumpu pada aksi dalam padang. Ya saya bermain diposisi yang Malaysia banyak mulakan serangan, tapi ia bukan pasal Safawi atau Faisal Halim, tapi yang penting kami (Thailand) bermain sebagai satu pasukan.”

“Cuma esok, kita akan lihat pertembungan antara Sasalak dan Safawi,” ujar Sasalak Haiprakhon.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan Thailand pada esok jam 8.30 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Seramai 60,000 orang penyokong dijangka akan hadir menyaksikan perlawanan tumpuan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram