Kapten pasukan Harimau Malaya, Faisal Halim mahu memastikan seluruh pasukan sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan yang ditempuhi.
Beliau yang ditemui sejurus tamat perlawanan itu berkata, setiap pemain akan sentiasa berjuang bermati-matian bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.
Hal ini dibuktikan apabila beliau yang turun dalam kesebelasan utama pasukan memberikan impak yang cukup luar biasa menentang Kemboja semalam.
Gerakan Faisal jelas menjadi duri dalam daging buat anak didik Ryu Hirose apabila beliau meledak dua jaringan pada babak pertama.
Mengulas lanjut, beliau yakin dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku namun mereka akan tetap memburu keputusan yanh positif.
“Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku tetapi kami akan berjuang untuk mendapatkan keputusan yang baik.”
“Bagi saya, kita perlu sentiasa memberikan yang terbaik tetapi keputusan itu menjadi nombor dua,” jelasnya kepada MakanBola.
Bekas bintang Terengganu ini dijangka terus menjadi sandaran Harimau Malaya menjelang kejohanan Piala AFF tidak lama lagi.