Advertising
“TNB Banyak Sia-Siakan Peluang” – Nor Saiful Zaini
UltraSukan
Azri/MakanBola

Jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini mengakui aspek serangan perlu diberi perhatian anak-anak buahnya meskipun berjaya menundukkan UiTM HA-KPT di separuh akhir pertama TNB Cup 2024.

Beliau yang ditemui selepas perlawanan separuh akhir pertama TNB Cup 2024 berkata, kegagalan menjaringkan lebih banyak gol menjadi antara perkara yang menggusarkan beliau menjelang aksi kedua nanti.

“Kita bermain dengan baik, cuma kita tidak dapat jaringkan banyak gol. Itu antara yang berlaku hari ini,” katanya setelah aksi yang berkesudahan 3-1 menjadi milik TNB.

Ad

Tambah beliau lagi, persiapan rapi perlu dilakukan dengan mengambil kira perkara-perkara yang perlu dilakukan ditambahbaik pada hari ini.

Ad

“Jadi, apa yang kita perlu buat ialah fokus (dan) lihat apa yang kita sudah buat hari ini dan (bersedia) untuk aksi separuh akhir kedua,” ujar beliau kepada UltraSukan.

Ad
Ad

Pada perlawanan tersebut, dua gol dari Azrai Aizad dan satu gol menerusi penalty stroke Jang Jong Hyun memastikan bekalan gol buat juara MHL 2024 itu.

Ad

Gol tunggal UiTM HA-KPT disumbangkan oleh Zul Pidaus Mizun hasil pukulan sudut penalti deras pada minit ke-49 permainan.

Separuh akhir kedua dijadualkan berlangsung pada Khamis, 7 Mac 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.