“Kita Mesti Panggil Bomoh Indonesia” – Lim Teong Kim
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Entah di mana silapnya, jentera serangan Perak kelihatan tumpul dalam perlawanan Liga Super menentang PDRM yang baru berakhir sebentar tadi. Dan ini membuatkan jurulatih mereka, Datuk Lim Teong Kim secara berseloroh mahu mendapatkan bomoh Indonesia bagi menyelesaikan masalah ini.

Perlawanan yang berkesudahan 0-0 ini menyaksikan kedua-dua pasukan berdepan kesukaran mendapatkan gol. Perak hampir saja memecah kebuntuan menerusi Seo Seon-ung tetapi percubaan jarak jauhnya berjaya ditepis penjaga gol PDRM, Ramadhan Hamid.

“Peluang sudah ada di sana. Terpulang kepada individulah (untuk menjaringkan gol). Saya cuma kecewa dengan keputusan saja.

Advertisements

“Selain daripada itu, semua pemain sudah beri yang terbaik. Kita mesti panggil bomoh dari Indonesia,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom selepas tamat perlawanan hari ini.

Walaupun Teong Kim hanya berseloroh, ketumpulan barisan serangan The Bos Gaurus perlu ditangani segera. Jika tidak, Perak akan bergelut seperti mana yang dialami pada musim lepas.

Advertisements

Perak selepas ini bakal bertandang ke Kota Bharu untuk perlawanan menentang Kelantan United yang berlangsung pada 4 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram