Advertisements
KL City Ada Sebab Belum Mula Aksi Pra Musim
Liga Super
MakanBola
Kl city fc

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard memberi jawapan mengapa pasukan masih belum mulakan aksi pra musim.  

Beliau mahu mengutamakan penyelesaian tentang masalah gaji pemain terlebih dahulu. Oleh sebab itu, KL City menganjakkan tarikh lagi untuk memulakan aksi pra musim. 

Stanley dalam pada itu juga tidak mahu para pemain memulakan latihan tanpa sebarang pengesahan berkaitan masalah tersebut. 

“Hampir 7 minggu untuk memulakan musim, satu masa yang boleh dikatakan amat baik. Tapi juga sudah sampai maksima untuk memulakan pra musim,” kata Stanley kepada Makanbola.

“itu adalah kerana saya lonjakan tarikh untuk memastikan pemain turun ke padang dengan kepastian kerana itu saya mengambil masa untuk memulakan pra musim dan apabila mereka turun ke padang ada kepastian dengan segala yang perlu dilunaskan. 

“Untuk masalah yang dihadapi ketika ini, kami akan menyelesaikan dalam masa terdekat demi memastikan pemain bersedia hadapi musim baharu,” katanya lagi. 

“Saya ada bertanya kepada barisan pemain senior, mereka mahukan KL City disambung. Lonjak lebih jauh, naik tangga lebih tinggi. Meraka mahu bersaing.

KL City mempunya baki lagi 7 minggu untuk bersedia mempersiapkan pasukan hadapi saingan Liga Super yang akan bermula awal bulan Mei ini