KL City Bakal Umum Jurulatih Dalam Masa Terdekat
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Teka-teki sama ada KL City FC bakal mengekalkan Nenad Bacina sebagai jurulatih atau mendapat jurulatih baru bakal diketahui tidak lama lagi.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard dalam sidang media khas pasukan itu yang diadakan semalam.

Stanley memaklumkan nama jurulatih dan pemain yang bakal beraksi untuk The City Boys untuk musim 2024-2025 akan diumumkan di laman media sosial rasmi pasukan.

Advertisements

Nama jurulatih dan barisan pemain ini bakal diketahui penyokong dalam tempoh tujuh hingga 14 hari.

“Apa saja perkara (tentang KL City), anda boleh lihat di platform media sosial kami. Kami sudah bersedia sepenuhnya jika pentadbiran kata pergi.

“Pasukan (barisan pemain) dan staf kejurulatihan akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 14 hari untuk (skuad) KL City musim 2024-2025,” katanya.

Advertisements

Bacina menjadi jurulatih baru KL City pada Julai 2023 menggantikan rakan senegara, Bojan Hodak yang menerima tawaran sebagai jurulatih Persib Bandung.

Bagaimanapun, selepas tamat perlawanan terakhir liga menentang Sri Pahang FC pada Disember tahun lepas, Bacina enggan mengulas tentang perancangan beliau untuk musim hadapan.

“Buat masa ini, saya tak tahu. Saya tak tahu apa pun (tentang masa depannya sebagai jurulatih KL City).

Advertisements

“Sebab kita tidak bercakap tentang masa depan ialah kita perlu tamatkan dulu musim ini, kemudian baru kita fokus (ke musim hadapan).

“Jika anda tanya saya ada menerima tawaran dari (kelab) Malaysia, (jawapannya) tidak buat masa ini.

“Tapi saya ada menimbang beberapa pilihan lain. Ringkasnya, saya mahu berada di tempat yang lebih dekat dengan rumah saya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan pada 16 Disember 2023.

Advertisements

Di bawah bimbingan Bacina, KL City menamatkan kempen Liga Super musim 2023 di tangga ketujuh.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram