Masa Depan Nenad Bacina Masih Tergantung
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Kedudukan jurulatih KL City FC, Nenad Bacina dengan pasukan itu masih tergantung selepas tamatnya Liga Super musim 2023.

Dalam sidang media pasca-perlawanan KL City-Sri Pahang FC semalam, beliau memaklumkan kedudukannya sebagai jurulatih The City Boys akan diputuskan oleh pengurusan pasukan itu.

Ini kerana fokus utama mereka ialah menamatkan musim 2023 dalam kedudukan terbaik liga. Setelah itu, barulah KL City boleh merancang untuk tahun 2024.

Advertisements

Bacina juga tidak menolak sedang menimbang beberapa pilihan lain termasuk tawaran kejurulatihan berhampiran dengan negara asalnya, Croatia.

“Buat masa ini, saya tak tahu. Saya tak tahu apa pun (tentang masa depannya sebagai jurulatih KL City). Sebab kita tidak bercakap tentang masa depan ialah kita perlu tamatkan dulu musim ini, kemudian baru kita fokus (ke musim hadapan).

Advertisements

“Jika anda tanya saya ada menerima tawaran dari (kelab) Malaysia, (jawapannya) tidak buat masa ini. Tapi saya ada menimbang beberapa pilihan lain. Ringkasnya, saya mahu berada di tempat yang lebih dekat dengan rumah saya,” katanya kepada MakanBola.

Bacina membimbing anak-anak buahnya menamatkan musim di tangga keenam liga selepas mengikat Sri Pahang tanpa jaringan semalam.

Advertisements

Bagaimanapun, kedudukan keenam KL City masih belum terjamin. Ini kerana Terengganu FC dan PDRM FC mampu mencuri kedudukan tersebut sekiranya mereka masing-masing meraih kemenangan ke atas Perak FC dan Selangor FC hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram