Advertising
Liga Super: KL City & Sri Pahang Sama Handal
MakanBola
Sri Pahang

Pasukan Liga Super, KL City FC mengakhiri saingan musim ini dengan mata penting selepas seri dengan Sri Pahang.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras itu menyaksikan The City Boys terpaksa melakukan beberapa pertukaran selepas ketiadaan tonggak import penting bagi perlawanan ini.

Tuan rumah melakukan beberapa asalan awal menerusi percubaan kapten pasukan, Paulo Josue namun tersasar.

Ad

Pertukaran awal di jentera tengah selepas kehilangan Ryan Lambert menjejaskan rentak sebenar KL City yang kerap hilang kawalan permainan.

Ad

Anak didik Fandi Ahmad hampir berada di depan pada minit ke-27 apabila rembatan pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq dari luar kotak penalti melepasi palang gol.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Ad
Ad

Bersambung babak kedua, Sri Pahang kerap mengatur serangan balas pantas untuk memecahkan tembok KL City namun ketangkasan Azri Ghani berjaya menyelamatkan keadaan.

Anak didik Nenad Bacina hampir menghukum pasukan pelawat menerusi larian deras sebelum rembatan Suhaimi Abu tersasar ke kanan gawang.

Tambahan masa lima minit tidak mengubah keputussn perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

KL City mengakhiri saingan Liga Super di tangga ke-6 dengan 38 mata manakala Sri Pahang kekal di tangga ke-5 dengan 45 mata.