KL City Dah Tak Takut Seperti Musim Lalu
Dunia
AFC / Twitter Stanley Bernard
Advertisements

Walaupun mempunyai barisan pemain yang lebih berkualiti berbanding musim-musim sebelumnya, Kuala Lumpur City FC (KL City) tidak meletakkan sasaran yang menggunung bahkan hanya mensasarkan kedudukan lima terbaik bagi saingan Liga Super 2023.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard, tiada lain yang diharapkan selain aksi konsisten dapat dipersembahkan oleh para pemain KL City sepanjang musim 2023 ini.

“Sasaran kami sudah tentu untuk meraih keputusan lebih baik dari musim lepas. Jika musim lepas kita berada di kelompok enam terbaik, jadi musim ini kita mahu jadi lima terbaik dan berada dalam kelompok kelab elit.

Advertisements

“Tapi apa yang paling penting saya berharap mereka mampu untuk mengekalkan aksi yang konsisten sepanjang musim depan,” katanya kepada Arena Metro.

Dalam pada itu, Stanley percaya KL City mampu pergi lebih jauh musim ini selepas skuad mereka kini sudah mempunyai jumlah pemain yang mencukupi. Pada musim sebelum-sebelum ini, jurulatih pasti risau jika terdapat pemain yang mengalami kecederaan atau digantung. Namun untuk musim ini, jurulatih mempunyai banyak pilihan lain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Jika dahulu kita bermain dalam skuad yang mempunyai 13 hingga 16 pemain. Tetapi musim ini kita ada dalam lebih kurang 20-22 pemain. Jadi ia akan beri kestabilan dan keseimbangan buat pasukan.

Advertisements

“Jadi sekiranya kalau berlaku kecederaan atau digantung kami tidak akan takut dan mempunyai banyak pilihan berbanding musim lalu,” ujarnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram