KL City & Persija Jakarta Umum Kerjasama Strategik
Asia Tenggara
Azri Azerai
Advertisements

Pasukan Liga Super, Kuala Lumpur City FC (KL City) menjalinkan kerjasama dengan pasukan Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta.

Menerusi satu ciapan Pemilik Kelab KL City FC, Azri Azerai, The City Boys akan bekerjasama dengan kelab yang berpangkalan di Jakarta itu.

Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa KL City akan menjalinkan kerjasama strategik dengan salah sebuah kelab ‘besar’ di Jakarta.

Advertisements

Perkara ini akhirnya dimuktamadkan oleh Azri menerusi satu pengumuman yang dimuat naik di laman Twitternya sendiri.

Finalis Piala AFC 2022 ini difahamkan akan memetrai kerjasama antara dua kelab “Capital City” dan inisiatif kerjasama ini bertujuan memajukan pembangunan bola sepak dan mengeratkan hubungan budaya antara bandar raya Kuala Lumpur dan Jakarta.

Ahli perniagaan yang juga pemilik Rinani ini dalam satu kenyataan berbesar hati untuk mengumumkan kerjasama hebat antara dua pasukan terbaik di rantau ini.

Advertisements

“Dengan rendah dirinya saya mengumumkan lawatan ke Persija Jakarta yang diaturkan oleh ‘BolaBros Football’ sebuah syarikat pengurusan acara.”

“Mewujudkan persefahaman yang akan membawa kepada banyak kerjasama masa hadapan; perlawanan persahabatan!”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram