Advertisements
KL City Sambar 6 Bakat Muda SSTMI
Liga A1
MakanBola
Akademi Bolasepak SSTMI

KL City mula mengatur persiapan untuk membina skuad mantap bagi menghadapi saingan Piala Belia 2024.

Atas sebab itu, mereka telah menyambar enam bakat muda dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

Perpindahan ini diumumkan sendiri oleh Akademi Bolasepak SSTMI menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka.

Enam pemain yang dipilih mewakili skuad KL City Bawah 18 Tahun (B-18) ialah Zulhilmie Zaidi, Danish Asraf, Adam Danial, Nabil Haraman, Reezaril Azlie dan Nizhareef Irfan.

“Tahniah kepada enam orang bekas atlet murid pemain bola sepak SSTMI yang telah berjaya menambat hati pihak pengurusan dan kejurulatihan pasukan KL City FC B-18 untuk beraksi bersama pasukan pada musim ini.

“Mereka adalah Zulhilmie Zaidi, Danish Asraf, Adam Danial, Nabil Haraman, Reezaril Azlie dan Nizhareef Irfan. Terima kasih juga untuk jasa dan kudrat anda semua bersama SSTMI selama ini.

“Seluruh pasukan bola sepak SSTMI mengucapkan selamat maju jaya dan terus menghiasi industri bola sepak negara,” kata pengurusan akademi dalam satu kenyataan.

KL City bakal bersaing dalam Kumpulan A Piala Belia 2024 bersama Selangor FC, Kelantan FA, Kelantan Darul Naim FC, Sri Pahang FC, Sabah FC, Melaka FA, Negeri Sembilan FC dan Perlis United FC.