KL City ‘Simpan Kuku’ Berdepan JDT Di Final
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pada Isnin lepas, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terus dominan di puncak Liga Super dengan membelasah KL City FC 6-1. Tetapi bagi bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, beliau percaya ini bukan gambaran sebenar aksi final Piala FA membabitkan kedua-dua pasukan pada 22 Julai ini.

Ini kerana pasukan yang dibimbing Bojan Hodak itu mempunyai corak permainan berbeza untuk saingan liga dan aksi piala. Justeru, formasi dan kesebelasan utama yang digunakan KL City FC dalam perlawanan Isnin lepas bukanlah gambaran perancangan Hodak pada aksi final.

Selain itu, masih ada masa buat City Boys membuat persiapan rapi sebelum bersemuka dengan Harimau Selatan sekali lagi pada 22 Julai.

Advertisements

Dengan dua perlawanan liga menentang Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC selepas ini, ia dilihat medan terbaik bagi KL City FC memperbaiki kelemahan pasukan.

“Saya tak nafikan ya bahawa perlawanan ini (yang) mereka tewas, bukan gambaran sebenar Bojan (Hodak). Bukan gambaran formasi, taktikal (dan) pemain yang diturunkan.

Advertisements

“Sudah tentu Bojan juga kecewa sebab jurang gol (yang) besar. Separuh masa pertama (dan) separuh masa kedua berlaku tidak mengikut perancangan Bojan.

“Saya jangkakan ini bukan gambaran awal untuk ke final Piala FA. Persediaan KL City (FC), kita dapat lihat ada lagi baki dua perlawanan.

Advertisements

“KL City akan bertemu dengan Terengganu (FC) dan Negeri Sembilan (FC). Saya rasa cukup persediaan untuk Coach Bojan dan para pemain balik ke JDT iaitu padang final dan untuk menentukan nasib mereka,” katanya bila ditemubual Akbar Sahari dan Suzana Basri untuk Nadi Arena semalam.

City Boys pastinya mahu menampilkan aksi mantap menjelang final pada 22 Julai ini. Sekiranya berjaya bergelar juara, ia merupakan kejayaan Piala FA pertama KL City FC sejak 1999.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram