KL City Sudah Ada Jurulatih Baharu?
Liga Super
KL City FC
Advertisements

CEO KL City FC, Stanley Bernard mendedahkan pasukan itu sudah mempunyai perancangan bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan penolong jurulatih mereka, Shukor Adan.

Nama Shukor menjadi bualan apabila diumumkan sebagai penolong jurulatih skuad B-23 negara beberapa hari yang lalu.

Legenda Selangor FC itu dijangka membantu ketua jurulatih baru Harimau Muda dari Sepanyol, Juan Torres Garrido.

Advertisements

Stanley mengakui pengurusan pasukan sedang mengenalpasti beberapa nama yang berpotensi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Shukor.

Bagaimanapun, buat masa ini, The City Boys tidak mendedahkan calon-calon berkenaan kerana penelitian masih di peringkat awal.

Selain itu, pengurusan KL City juga mahu melihat sejauh mana keserasian setiap calon dengan barisan kejurulatihan pasukan termasuk ketua jurulatih dari Croatia, Nenad Bacina.

Advertisements

“Sudah tentu kita ada (senarai calon) dari hari pertama lagi kita rancang set A, set B (dan seterusnya) hingga (tempoh) lima tahun.

“Tetapi kita masih belum senarai pendek (calon jurulatih), jadi saya tak boleh sebut nama sebab masih terlalu awal. Dan musim 2024 pun bermula (pada) April, jadi kita ada sedikit masa.

“Jadi, kita kena lihat pertimbangan dari sini ke sana. Sudah tentu barisan kejurulatihan (KL City) tahun 2024 sedang dilakukan.

Advertisements

“Jadi, bahagian-bahagian yang dinyatakan itu perlu selari, kena ada keserasian dengan jurulatih-jurulatih teknikal,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena.

Shukor bakal menyertai barisan kejurulatihan skuad B-23 negara sebaik tamat kontrak beliau bersama KL City.

Selain beliau, Garrido bakal dibantu Kris Yong Wai Hwang sebagai jurulatih penjaga gol dan Oscar Balaguer Cabeza (Sepanyol) sebagai jurulatih kecergasan.

Advertisements

Manakal Lee Je-yoon (Korea Selatan) pula berperanan sebagai jurulatih analisis prestasi pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram