Advertisements
“KL City Tak Ada Penyerang? Panggil Safee Sali Balik”
Liga Super
MakanBola
KL City FC

Keadaan pasukan KL City menjadi tumpuan apabila difahamkan tidak memiliki penyerang memasuki musim 2024/25.

Penghijrahan beberapa tonggak utama seperti Romel Morales ke JDT selain Tchetche Kipre yang kini menyertai Kuching City memberikan kekurangan pilihan kepada The City Boys.

Pasukan Ibu Kota itu memilih untuk membawa masuk beberapa tonggak tengah import sekaligus menyaksikan posisi serangan menjadi tanda tanya.

Beberapa pemain import yang beraksi sebagai penyerang juga gagal mempamerkan impak yang diharapkan ketika bersama pasukan sejak beberapa musim lalu.

Menurut Zaquan Adha kepada Astro Arena, KL City seharusnya membawa pulang Safee Sali bersama pasukan.

“Saya rasa masukkan semula Safee Sali,” ujarnya secara berseloroh kepada Astro Arena.

Sambil itu, Safee merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk finalis Piala FA 2023 ini memberi kepercayaan kepada Haqimi Azim untuk mengetuai serangan pasukan.

“Itu menang masalah utama KL City. Kita nak mengharapkan Romel Morales, beliau sudah tiada.

“Saya mengharapkan Haqimi Azim,” jelas Safee.

KL City bakal memulakan aksi Liga Super musim 2024/25 menentang Kuching City jam 9 malam pada 12 Mei 2024.