Advertisements
KL City Umum Nenad Bacina Sebagai Ketua Jurulatih Baharu
Liga Super
MakanBola
KL City Football

Pasukan KL City sebentar tadi mengumumkan Nenad Bacina sebagai ketua jurulatih baharu menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Bojan Hodak.

Nenas Bacina merupakan penolong jurulatih kepada Bojan Hodak. Pengalaman yang dimilikinya bukan biasa-biasa. 

Beliau pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak ketika mengendali Johor Darul Ta’zim dan pasukan negara bawah 19 tahun. 

Nenad Bacina juga mempunyai pengalaman menjadi jurulatih di Singapura seperti Tampines Rovers dan Hougang United.

Semalam, jurulatih berusia berusia 52 tahun itu tidak menunggu lama untuk memberi impak kepada pasukan.  

Beliau lulus dalam ujian pertamanya semalam bagi pusingan 16 saingan Piala Malaysia, KL City berjaya menundukkan Penang FC dengan keputusan 4-0 di tempat lawan. 

Kebolehannya sangat ditagih oleh kelab apabila sebelum ini, Stanley Bernard percaya kredibiliti Nenad dalam mengemudi pasukan. Tambahan pula, Nenad sudah bersama pasukan agak lama dan sangat rapat dengan pemain, perkara tersebut amat membantu.

Selepas ini, ujian berat buatnya apabila Kl City akan bertemu pasukan Selangor FC dalam saingan Liga Super pada 8 ogos ini.