Nenad Bacina Ganti Bojak Hodak Di KL City?
Dunia
Brunci
Advertisements

Selepas Tan Cheng Hoe meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan negara, beberapa jurulatih mula mengintai peluang mengisi kekosongan berkenaan. Antara nama yang dikaitkan dengan jawatan tersebut ialah jurulatih KL City, Bojan Hodak, legenda import Selangor Mehmet Durakovic dan legenda Thailand Kiatisuk Senamuang.

Bagi KL City, dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia, itu meletakkan Hodak sebagai calon yang disebut-sebut bakal mengendalikan pasukan Harimau Malaya. Sekiranya itu berlaku, pembantu Hodak Nenad Bacina akan dinaikkan pangkat sebagai jurulatih kelab itu untuk musim 2022. Kemungkinan itu disahkan oleh CEO kelab, Stanley Bernard semasa ditemubual akhbar New Straits Times.

Ketika ini, Bacina akan terus kekal sebagai pembantu jurulatih sekiranya Hodak kekal di KL City untuk musim ini. Tetapi kelab juga bersedia memberi peluang kepada Bacina menerajui pasukan untuk musim baru Liga Malaysia. Ini merupakan sebahagian daripada perjanjian yang dipersetujui kelab, Hodak dan Bacina sebelum ini.

Advertisements

Tidak ramai tahu sebelum bergelar pembantu Hodak, Bacina merupakan jurulatih di beberapa kelab Singapura seperti Tampines Rovers dan Hougang United. Malah, beliau turut diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebagai jurulatih pasukan pada 2016. Bacina kemudiannya menjadi pembantu Hodak semasa pengendali Croatia itu menjadi jurulatih Johor Darul Takzim (JDT) dan pasukan bawah 19 tahun negara.

Bila ditanya mengapa Bacina berhak diberi peluang, Stanley menjawab, “Bacina merupakan seorang jurulatih yang berkebolehan dan beliau tidak akan berdepan masalah mengendali pasukan. Lagipun, beliau telah bersama KL City sejak musim lepas dan sudah mengenali semua pemain. Kami telah menyelesaikan kebanyakan urusan kontrak pemain dan menawarkan peranan kejurulatihan kepada Shukor Adan dalam pasukan.”

Dalam perkembangan lain, Stanley turut mengakui dua pemain senior kelab iaitu Indra Putra Mahyuddin, 41, dan Safee Sali, 38, berkemungkinan akan meninggalkan pasukan. Sekiranya itu berlaku, KL City mempunyai beberapa pemain sebagai pengganti mereka seperti J. Partiban dan Akram Mahinan. Tetapi CEO KL City itu berharap mereka mengikut jejak langkah Shukor dan menjadi sebahagian daripada pasukan kejurulatihan kelab.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram